Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China, Tentera Laut Terbesar Dunia. Mengatasi Amerika Syarikat?

0 1,694

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “China kini memiliki angkatan laut terbesar di dunia,” menurut laporan “China Military Power 2020” yang dikeluarkan oleh Pentagon  baru-baru ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pentagon itu, Beijing membelanjakan berbillion dollar setiap tahun untuk membina angkatan laut yang ampuh bagi membantu menegakkan lagi dasar luar negara Komunis itu.

Laporan itu mendakwa pada ketika ini China memiliki kira-kira 350 buah kapal perang terdiri daripada bot-bot peronda peluru berpandu, korvet, frigate dan destroyer yang diletakkan di pengkalan-pengkalan lautnya.

Pengkalan lautnya terletak di medan (theatres) selatan, timur dan utara.

China Navy
Kapal perang tentera laut China. (sumber internet)

Kebanyakkan kapal-kapal perang China adalah platform pelbagai guna iaitu ia adalah kapal perang yang moden dan dilengkapi dengan kemampuan untuk melaksanakan misi-misi anti kapal, anti udara dan anti-kapal selam.

Kekuatan angkatan laut China ini turut meliputi 52 kapal selam berkuasa nuklear dan kapal selam (attack submarine) penyerang berkuasa diesel.

Pada ketika ini juga, Beijing memiliki dua buah kapal pengangkut pesawat iaitu, Shandong dan Liaoning dan sedang di dalam proses membina dua lagi kapal pengangkut pesawat sebagaimana di dakwa oleh penganalisis pertahanan China.

Kapal Selam
Kapal selam berkuasa nuklear China. (sumber internet)

Di dalam beberapa tahun, bilangan kappl pengangkut pesawat China bakal mengatasi kapal pengangkut pesawat yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Ok sekarang ini kita bandingkan pula dengan apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat.

Pada ketika ini, negara Uncle Sam memiliki 293 buah buah kapal perang sehingga pada 2020.

Walaupun begitu, menurut penganalisis pertahanan, daripada segi metric tonnage tentera laut Amerika Syarikat masih jauh di hadapan berbanding dengan China.

Ia bermaksud tentera laut Amerika Syarikat mengendalikan kapal-kapal yang jauh lebih besar daripada angkatan laut China.

“Isu utama bukan bilangan kapal, tetapi tentera laut Amerika Syarikat adalah lebih besar dan lebih berkemampuan dan Amerika Syarikat mempunyai metric tonnage dua kali ganda lebih besar berbanding China,” kata Michael O’ Hanlon, seorang penganalisis di Brookings Institution ketika memberitahu agensi media, DW.

Kapal China
Kapal-kapal tentera laut China mengiringi kapal pengangkut pesawat Liaoning dalam rondaan di Laut China Selatan baru-baru ini. (sumber internet)

Menurut Centre for International Maritime Security, jumlah Metric tonnage tentera laut Amerika Syarikat pada ketika ini menghampiri 4.6 juta ton manakala tentera laut China adalah pada sekitar 2 juta metric tonnage.

O’ Hanlon juga berkata tentera laut Amerika Syarikat mengatasi China dari segi kekuatan udara kapal pengangkut pesawat dan kualiti serta kuantiti kapal selam penyerang jarak jauh, walaupun Beijing mempunyai kekuatan dalam kapal selam diesel.

American Navy
USS Roland Reagan dalam latihan “Keen Sword” di sekitar perairan Jepun baru-baru ini. (sumber Tentera Laut Amerika Syarikat)

Kapal-kapal perang China, walaupun lebih kecil berbanding Amerika, dilengkapi dengan peluru-peluru berpandu yang canggih, menurut laporan itu.

Dan limbungan-limbungan kapal China bekerja keras untuk membina lebih banyak kapal perang pada kadar yang amat pantas untuk mengejar Amerika Syarikat.

“Pada ketika ini China ada negara pembina kapal utama di dunia daripada segi metric tonnage,” kata laporan itu dan menambah, negara ini mempunyai program yang lasak dalam membina kapal-kapal permukaan daripada guided missile cruisers,  guided missile destroyers dan korvet.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...