Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Destroyer “Termahal Dunia” USS Zumwalt Dapat Peluru Berpandu Hypersonik

Tentera Laut Amerika Syarikat pada mulanya merancang untuk membina sebanyak 32 buah kapal destroyer kelas-Zumwalt, tetapi disebabkan kos pembinaan sebuah kapal yang melambung tinggi sehingga mencecah US$4.5 (RM20.25 bilion), maka Amerika Syarikat mengurangkan perolehan kapal destroyer canggih itu kepada hanya tiga buah.

0 4,219

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun mula dibina pada 2011 dan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Amerika Syarikat pada 2016, namun kapal destroyer termahal serta terberat dunia “USS Zumwalt” (DDG-1000) masih disifatkan “belum siap sepenuhnya” malah seringkali keluar-masuk limbungan kapal untuk kerja-kerja pembaikan.

Bernilai US$4.5 bilion (RM20.25) billion, setiap tiga buah kapal destroyer kelas-Zumwalt adalah kapal perang destroyer terberat dunia dengan berat mencecah 15,500 tan.

Tentera Laut Amerika Syarikat pada mulanya merancang untuk membina sebanyak 32 buah kapal destroyer kelas-Zumwalt tetapi disebabkan kos yang melambung tinggi, bilangan kapal itu dikurangkan kepada hanya tiga buah.

Zumwalt

Kapal pertama, USS Zumwalt ditauliah pada 2016,kapal kedua USS Michael Monsoor ditauliahkan pada 2019 dan kapal ketiga, USS Lyndon B.Johnson masih menjalani ujian di lautan.

Kini selepas hampir tujuh tahun ditauliahkan ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal pertama kelas-Zumwalt iaitu USS Zumwalt telah dikerah sekali lagi memasuki limbungan kapal untuk lebih banyak kerja.

Cuma kali ini, ia akan melibat pemasangan peluru berpandu hypersonic di kapal destroyer itu, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan negara itu.

Kerja-kerja pemasangan peluru berpandu hypersonik itu akan mengakibatkan kapal destroyer itu “tersadai” lagi di limbungan kapal sekurang-kurangnya sehingga tahun 2025, manakala dua lagi tahun diperlukan untuk kerja-kerja ujian selepas pemasangan.

Kapal destroyer termahal dunia itu akan hanya berada di lautan untuk operasi selepas tahun 2027.

Peluru berpandu hypersonik itu akan menggantikan sistem meriam 155mm Advanced Gun System (AGS) yang pada mulanya dirancang untuk melengkapkan kapal perang itu.

Zumwalt
Peluru berpandu Common Hypersonic Glide Body (C-HGB)

 

Setiap tiga buah kapal destroyer kelas-Zumwalt itu dipasang dengan empat tiub 87 inci peluru berpandu itu, dengan setiap tiub dilengkapi dengan tiba butir peluru berpandu hypersonik dipanggil “Common Hypersonic Glide Bodies” (C-HGB).

C-HGB yang dibangunkan oleh Tentera Laut dan Tentera Darat Amerika Syarikat dijangka berkeupayaan membedil sasaran sejauh lebih daripada 2,000km.

Sebenarnya, sistem peluru berpandu hypersonik untuk tiga buah kapal destroyer kelas-Zumwalt itu adalah untuk menggantikan sebuah lagi sistem persenjataan “bermasalah” yang pada mulanya dirancang akan digunakan oleh kapal-kapal perang itu.

Sistem persenjataan “bermasalah” itu Advanced Gun System (AGS) berkaliber 155mm yang pada mulanya adalah sistem persenjataan utama bagi kapal perang kelas-Zumwalt itu.

Sistem AGS itu dibangunkan oleh syarikat BAE System manakala peluru untuk meriam AGS itu pula dipanggil “ Long Range Land Attack Projectile (LRLAP)” dan dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Sistem meriam AGS menggunakan peluru LRLAP yang merupakan projectile-rocket assisted (projektil bantuan roket) yang berkemampuan  boleh menembak ke sasaran sejauh 95km.

Zumwalt
Sistem pelancar peluru berpandu hypersonik “C-HGB”.
Zumwalt
Lakaran artis pelancaran peluru berpandu hypersonik “C-HGB”.

 

Pada mulanya, sistem meriam AGS itu tidak memberikan masalah kepada kapal destroyer kelas-Zumwalt itu, namun apa yang menimbulkan masalah adalah kos peluru LRLAP yang mengalami peningkatan mendadak apabila Tentera Laut Amerika Syarikat memutuskan untuk membeli hanya tiga buah kapal perang kelas- Zumwalt berbanding 32 buah kapal mengikut pela asal.

Setiap sebutir peluru LRLAP bagi sistem AGS itu dianggarkan bernilai di antara US$800,000 hingga US$1 juta (RM3.6 juta hingga RM4.5 juta).

Mengikut pelan asal (perolehan 32 buah kapal kelas-Zumwalt), pihak Tentera Laut Amerika Syarikat bercadang memperolehi kira-kira 2,000 peluru LRLAP untuk sistem AGS yang menelan belanja sebanyak US$2 bilion (RM9 bilion).

Disebabkan kos peluru LRLAP untuk sistem AGS adalah terlalu tinggi, maka Tentera Laut Amerika Syarikat memutuskan untuk membatalkan pemasangan sistem AGS itu tiga buah kapal Zumwalt dan menggantikannya dengan peluru berpandu Hypersonic.

Disebabkan itulah, tidak pasti lagi bilakah kapal destroyer termahal dan terbesar dunia itu akan mula dikerah ke medan operasi oleh Tentera Laut Amerika Syarikat. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...