Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Russia Guna Bom Kluster “RBK-500” Diadaptasi Jadi Bom Luncuran (Glide Bomb)

Aplikasi Telegram ketenteraan Russia tersebut menyatakan bahawa Moscow telah melaksanakan siri pengeboman besar-besaran menggunakan bom-bom kluster RBK-500 yang telah diadaptasi untuk menjadi bom luncuran (glide bomb) di selatan Donetsk, menurut Institute for the Study of the War (ISW).

0 2,519

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Ketika Moscow mula memperkenalkan bom-bom konvensional yang diubahsuai menjadi bom-bom luncuran (glide bomb) di selatan Ukraine, ia juga mungkin bermakna bahawa tentera Ukraine kini berhadapan dengan tentera udara Russia yang semakin menunjukkan “taringnya” di medan peperangan.

Russia dilaporkan telah mula menggunakan bom-bom kluster yang diubahsuai kepada bom-bom luncuran (glide bombs) terhadap kedudukan tentera Ukraine buat pertama kali, sebagaimana dipaparkan menerusi klip-klip video yang viral di media sosial.

Dalam klip-klip yang viral menerusi aplikasi Telegram berkait-rapat dengan komuniti ketenteraan Russia, bom-bom kluster yang dipercayai digugurkan oleh pesawat pejuang Russia telah dilihat meletup di sebuah lokasi tidak dikenali di Ukraine.

Aplikasi Telegram ketenteraan Russia tersebut menyatakan bahawa Moscow telah melaksanakan siri pengeboman besar-besaran menggunakan bom-bom kluster RBK-500 yang telah diadaptasi untuk menjadi bom luncuran (glide bomb) di selatan Donetsk, menurut Institute for the Study of the War (ISW).

Bom-bom RBK-500 itu telah digunakan terhadap pasukan tentera Ukraine di perkampungan di Donetsk di Staromayorske, yang terletak berhampiran dengan wilayah selatan Zaphorizia.

Menurut telegram ketenteraan Russia itu, serangan di Staromayorske merupakan “penggunaan pertama secara besar-besaran di Ukraine menggunakan senjata terbabit (RBK-500) yang diadaptasi sebagai bom luncuran (glide bomb).

Sebagaimana bom-bom buatan Amerika Syarikat seperti JDAM atau JDAM-ER yang digunakan oleh tentera Ukraine, bom-bom luncuran (glide bom) Russia berkemampuan membedil sasaran musuh sehingga 200km  jauhnya apabila ia telah digugurkan oleh pesawat pejuang daripada altitude yang tinggi.

Media pertahanan antarabangsa melaporkan bahawa mula menggunakan bom-bom luncuran (glide bomb) yang  lebih “pintar” dan mempunyai kuasa ledakan lebih tinggi bagi membolehkan Russia memusnahkan kubu-kubu pertahanan Ukraine yang terletak lebih dalam di bawah tanah.

Bom-bom luncuran itu dipanggil Russia, “Unifitsirovannyi Modul Planirovaniya i Korrektsii” (UMPK).

Menurut kajian, bom-bom luncuran itu adalah bom yang telah diubahsuai daripada bom-bom yang biasa digunakan oleh Tentera Udara Russia seperti FAB-250, FAB-500 dan FAB-1500 dengan melengkapkannya dengan kit peluncuran dan pembetulan UMPK.

Bom-bom luncuran itu telah diubahsuai oleh pihak tentera Russia yang melengkapkannya dengan “sayap” dan sistem panduan yang baru bagi membolehkan ia membedil sasaran dengan lebih tepat berbanding sebelum ini.

Kluster
Bom kluster RBK-500

 

Menurut institut terbabit, bom-bom luncuran itu telah dilengkapi dengan sistem panduan laser dan juga sistem panduan satelit untuk meningkatkan ketepatan bedilannya sehingga ke jarak 16 kaki berbanding 160 kaki sebelum ini.

Kesemua bom luncuran yang lebih pintar itu boleh digugurkan oleh pesawat-pesawat pejuang Su-30, Su-34 dan Su-35.

“Bom-bom luncuran ini boleh ‘terbang’ sejauh hampir 200km sebaik sahaja ia digugurkan oleh pesawat-pesawat pejuang ke sasaran yang mahu dibedilnya,” kata institut itu sambil menambah, dengan jarak sebegitu, pesawat terbabit dapat mengelak daripada dibedil oleh sistem pertahanan udara Ukraine.

Institut itu memberikan contoh bagaimana bom luncuran yang menggunakan bom FAB-250 dengan berat 100kg boleh menyebabkan kemusnahkan pada radius 400 kaki manakala bagi bom FAB-500 pula dengan berat 500kg, radius kemusnahannya adalah 800 kaki.

Bagi bom FAB-1500 pula dengan berat lebih 1,500kg pula, radius kemusnahan akibat bedilannya adalah 1,600 kaki.

“Dengan bom FAB-1500, ia boleh menyebabkan kemusnahan terhadap kubu-kubu bawah tanah sedalam kira-kira 20 meter daripada permukaan tanah,”kata penganalisis sambil menambah bahawa adalah amat sukar bagi sistem pertahanan udara Ukraine untuk menangani bom-bom luncuran itu.

Kluster

Sistem-sistem pertahanan udara sebagaimana dioperasikan oleh tentera Ukraine tidak dibangunkan untuk menangani bom-bom luncuran yang asalnya adalah bom-bom “bodoh” tanpa sebarang sistem panduan dan dibawa oleh pesawat pejuang Russia.

“Sistem pertahanan udara Ukraine gagal memintas bom-bom luncuran yang digugurkan oleh pesawat pejuang Russia. Ini adalah suatu bentuk ancaman yang baru kepada Ukraine, bom-bom seberat 500 kilogram yang boleh ‘terbang’ untuk jarak tertentu selepas ia dilengkapi dengan sayap-sayap,” jurucakap Pemerintahan Tentera Udara Ukraine Yuriy Inhat dilaporkan berkata sebelum ini.

Bedilan bom-bom luncuran berkekuatan tinggi itu telah meninggalkan kesan psikologi yang teruk kepada penduduk kerana kemusnahan besar dialami oleh penduduk akibat dibedil oleh bom-bom jenis itu.

Russia dikatakan semakin kerap menggunakan bom-bom bersayap yang lebih pintar terhadap bandar-bandar Ukraine serta kedudukan anggota tenteranya.

Pada Oktober lalu, pesawat-pesawat pejuang Russia telah menggugurkan kira-kira 40 buah bom-bom bersayap itu dalam satu malam terhadap sasaran tentera Ukraine yang berada di wilayah Kherson.

Kluster
Bom Luncuran (Glide Bomb)

 

“Dalam satu malam pada 2 Oktober,pesawat-pesawat pejuang Russia telah menggugurkan 40 buah bom luncuran pada satu Oblast sahaja,” katanya dan menambah Russia telah meningkatkan serangan udara terhadap Ukraine sebanyak 36 peratus sejak akhir-akhir ini, sekaligus menyaksikan peningkatan penggunaan bom-bom luncuran yang berkekuatan lebih tinggi itu.

Terdapat juga laporan menyatakan bahawa pesawat-pesawat pejuang Russia telah menggugurkan lebih daripada 80 buah bom luncuran dengan panduan UMPK ke atas sasaran di wilayah Kherson dalam satu-satu malam.

Menggunaan taktik udara yang baru, pesawat-pesawat pejuang Russia itu juga didapati semakin sukar ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...