Vietnam Aktifkan Sistem Pertahanan Pesisir Pantai VCM-B aka “Vietnam Cruise Missile”
Baru-baru ini, media tempatan Vietnam melaporkan Vietnam telah mengaktifkan Briged 679 Wilayah Laut 1, Tentera Laut Vietnam yang merupakan unit pertahanan pesisir pantai Tentera Laut Vietnam dilengkapi dengan sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B menggunakan peluru berpandu anti-kapal VCM-01 dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan negara Asia Tenggara itu.
(DEFENCE SECURITY ASIA) –Di antara negara-negara AsiaTenggara, Vietnam adalah antara yang paling ke hadapan dalam industri pertahanan yang telah membangunkan pelbagai sistem pertahanan untuk kegunaan angkatan tenteranya hasil kerjasama dengan pihak luar.
Baru-baru ini, media tempatan Vietnam telah melaporkan Vietnam telah mengaktifkan Briged 679 Wilayah Laut 1, Tentera Laut Vietnam.
Briged 679 ini merupakan unit pertahanan pesisir pantai Tentera Laut Vietnam yang dilengkapi dengan sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B menggunakan peluru berpandu anti-kapal VCM-01 yang dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan negara Asia Tenggara itu.
VCM itu berkemungkinan membawa maksud “Vietnam Cruise Missile” yang merupakan peluru berpandu berkelajuan Subsonik dan berkemungkinan adalah berdasarkan atau varian tempatan kepada peluru berpandu anti-kapal KH-35UE buatan Russia.
Peluru berpandu KH-35UE buatan Russia itu adalah tulang bekalang sistem persenjataan anti-kapal Tentera Laut Vietnam pada ketika ini.
Peluru berpandu anti-kapal VCM-01 itu dilaporkan adalah setanding dengan peluru-peluru berpandu anti-kapal lain yang berada di pasaran pada ketika ini seperti, Harpoon, Exocet dan SSM-700K C-Star.
Dan pada 7 June lalu, sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B yang dilengkapi dengan peluru anti-kapal VCM-01 telah diuji dengan kehadiran daripada syarikat yang membangunkannya, Viettel Aerospace.
Peluru berpandu anti-kapal VCM-01 yang merupakan varian jangka pendek peluru berpandu itu dan kepala peledak yang lebih kecil berkemampuan membedil sasaran di antara 80km hingga 130km.
Pembangunan peluru berpandu anti-kapal VCM-01 menandakan kemajuan industri pertahanan Vietnam, menunjukkan kemampuannya dalam menghasilkan sistem pertahanan yang canggih dan cita-citanya dalam memperkuatkan pertahanan maritimnya ketika “pertembungannya” dengan China dalam isu Laut China Selatan.
Sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B adalah berdasarkan kepada teknologi canggih hasil kerjasama dengan Vietnam dan Russia yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan kemampuan sistem pertahanan sedia ada seperti KH-35UE.
Varian tempatan kepada peluru berpandu anti-kapal Russia KH-35UE iaitu VCM-01 menunjukkan kemampuan Vietnam dalam mencapai otonomi pembuatan sistem pertahanan dengan menggabungkan teknologi tempatan dan teknologi luar.
Pengaktifan Briged 679 Tentera Laut Vietnam dan kejayaan pengujian sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B menunjukkan kepentingan strategik usaha ini dalam meningkatkan kemampuan pertahanan negara Asia Tenggara itu.
Dengan meningkatkan lagi kemampuan sistem pertahanan pesisir pantainya dengan sistem peluru berpandu yang canggih, Vietnam mensasarkan untuk mengekang ancaman daripada pihak-pihak saing dan memastikan kedaulatan wilayah maritimnya.
Dengan jarak di antara 80km hingga 130km memberikan kemampuan pertahanan yang baik kepada Vietnam dan memberikannya kemampuan untuk bertindak dengan pantas sekiranya konflik maritim tercetus.
Peningkatan ketegangan di Laut China Selatan melibatkan beberapa tuntutan bertindih telah memaksa Vietnam untuk berbelanja dengan besar dalam sektor keselamatan dan pertahanan.
Pembangunan peluru berpandu anti-kapal VCM-01 dan kerahan sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B adalah strategi menyeluruh untuk memodenkan angkatan tentera Vietnamm dan memastikan strategi deterren untuk menangani penceroboh terhadap wilayah maritimnya.
Ujian sistem pertahanan pesisir pantai VCM-B yang dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal VCM-01 merupakan kemajuan kepada industri pertahanan Vietnam.
Ia menunjukkan bahawa negara itu bukan sahaja berkemampuan menghasilkan sistem pertahanan yang canggih tetapi menunjukkan komitmennya dalam mempertahankan kepentingan negara dalam suasana geopolitik yang kompleks. — DSA
Comments are closed.