Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sebuah Lagi Dron Hermes 900 Tentera Israel Ditembak Jatuh di Selatan Lubnan

Ia merupakan dron Hermes 900 dan variannya, Hermes 450 yang keenam berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Hezbollah sejak konflik kumpulan bersenjata disokong oleh Iran itu dengan tentera Israel tercetus sejak lapan bulan yang lalu.

0 5,965

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya beberapa hari selepas pejuang Houthi menembak jatuh dron MQ-9B Reaper milik Amerika Syarikat, kini pejuang Hezbollah pula berjaya menembak jatuh sebuah lagi dron Hermes 900 milik tentera Israel yang sedang berlegar-legar di ruang udara selatan Lubnan.

Dron milik tentera Israel itu ditembak jatuh di pekan selatan Lubnan, Deif Kifa.

Kumpulan Hezbollah dipercayai menggunakan peluru berpandu udara ke darat untuk menembak jatuh dron Hermes 900 milik tentera Israel itu.

Hezbollah dalam satu kenyataan berkata: “Dron Israel itu ditembak jatuh selepas ia diperhatikan untuk suatu tempoh dan bertindak menembak jatuhnya selepas ia menyerang penduduk kampong dan wilayah Lubnan.”

“Dron Israel itu telah ditembak jatuh dengan sistem persenjataan bersesuaian,” katanya tanpa mendedahkan jenis senjata digunakannya untuk menembak jatuh dron Hermes 900 itu.

Hermes 900

 

Ia merupakan dron Hermes 900 dan variannya, Hermes 450 yang keenam berjaya ditembak jatuh oleh pejuang Hezbollah sejak konflik kumpulan bersenjata disokong oleh Iran itu dengan tentera Israel tercetus sejak lapan bulan yang lalu.

Gambar dan video saat-saat terakhir dron canggih milik tentera Israel itu ditembak jatuh di ruang udara selatan Lubnan telah tersebar di media-media sosial, menyaksikan dron bernilai US$10 juta (RM45 juta) sebuah terbakar dan menjunam ke darat.

Dron Hermes 900 atau dipanggil “Kochav” adalah satu daripada aset Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) yang paling canggih dimiliki oleh tentera Israel dan direkabentuk serta dibangunkan oleh syarikat pertahanan negara Yahudi itu, Elbit Systems.

Bagi dron Hermes 450, ia dipanggil “Zik” oleh tentera Israel.

Selain untuk misi-misi ISR, dron Hermes 900 Israel itu juga terlibat dengan misi-misi mengenalpasti sasaran, ISTAR dan pemantauan udara.

Tentera Israel banyak menggunakan dron-dron termasuk Hermes 900 dan Hermes 450 untuk membedil kenderaan dan lokasi kediaman pemimpin-pemimpin kumpulan Hezbollah serta kumpulan bersenjata Palestin yang lain di selatan Lubnan.

 

Dron Hermes 900 merupakan dron Medium Altitude Long Endurance (MALE) dengan panjang keseluruhan sayapnya adalah 15 meter dengan Maximum Take Off Weight (MTOW) adalah 1,180kg.

Dioperasikan oleh Skuadron 166 Tentera Udara Israel, dron Hermes 900 mampu membawa muatan seberat 350kg dan terbang setinggi 30,000 kaki.

It is a medium-altitude long-endurance (MALE) UAV with a wingspan of 15 meters (49 feet). It has a maximum takeoff weight of around 1,180 kilograms (2,600 pounds).

Ia dilengkapi dengan pelbagai sensor dan muatan termasuk kamera electro-optical/infrared (EO/IR), synthetic aperture radar (SAR), radar maritime, sistem signals intelligence (SIGINT) systems dan kemampuan Peperangan Elektronik (EW).

Dron Hermes 900 itu boleh terbang selama 36 jam dalam satu penerbangan, memberikan ia kemampuan untuk melaksanakan misi-misi jarak jauh dan lama.

Hermes 900
Penduduk mengutip serpihan bangkai dron Hermes 900 Israel yang ditembak jatuh

 

Dron Hermes 900 itu dikawal oleh operator daripada Ground Control Station (GCS) dan menggunakan secure data links untuk tujuan komunikasi dengan GCS bagi membolehkan kawalan dan transmisi maklumat secara realtime.

Dron Hermes 900 mula berkhidmat dengan Tentera Udara Israel pada 2012 dan digunakan oleh Israel semasa konfliknya dengan Palestin pada 2014.

Ia adalah dron pemantauan yang kedua paling banyak digunakan oleh tentera Israel selepas Heron TP yang turut dikenali sebagai “Eitan” dan dibangunkan oleh Israel Aerospace Industries (IAI). — DSA

 

Comments
Loading...