Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Rahsia Rekabentuk Pesawat “Misteri” Russia Sudah Bocor, Sila Tonton Video

Walaupun masih diselimut dengan tarpaulin hitam, tetapi ia tidak menghalang banyak pihak daripada membuat tekaan tentang reka bentuk pesawat itu daripada menyamai rekaan F-35 Lightning, Boeing X-32, FC-31 dan lain-lain lagi.

0 3,397

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua hari menjelang MAKS 2021 International Aviation and Space Salon di Lapangan Terbang Zhukovsky, Moscow,  semakin banyak gambar-gambar pesawat “misteri” Russia yang bakal melakukan kemunculan pertamanya tersebar di pelbagai platform media sosial.

Walaupun masih diselimut dengan tarpaulin hitam, tetapi ia tidak menghalang banyak pihak daripada membuat tekaan tentang reka bentuk pesawat itu daripada menyamai rekaan F-35 Lightning, Boeing X-32, FC-31 dan lain-lain lagi.

Boeing X-32 itu adalah pesawat concept demonstrator yang bersaing dengan X-35 dalam program Joint Strike Fighter Amerika Syarikat dan sebagaimana yang kita tahu, X-35 telah menang dan ia dibangunkan kepada F-35.

Ada yang mengatakan “pesawat misteri” Russia ini menyerupai X-32 dengan air intake di bahagian bawah pesawat, tetapi kena tunggu la hari Selasa untuk mendapat jawapannya.

Bagaimanapun ada orang yang sudah “bocorkan” reka bentuk pesawar itu. Admin ada sertakan di bawah:

Macam adik kepada Su-57 je….hahahaha

Admin tak pasti sama ada ia adalah pesawat misteri yang berselimut hitam itu tetapi pemilik akaun Twitter yang mendakwa ia adalah pesawat Sukhoi terbaru.

Mungkin betulah tu.

Walaupun begitu, ia tidak menghalang macam-macam tekaan intelektual berdasarkan beberapa keping gambar yang dilihat dalam media sosial.

Dikatakan pesawat misteri gen-5 satu enjin itu dibangunkan oleh Sukhoi Design Bureau dan menurut portal pertahanan antarabangsa, Defense Blog, pihak perisikan Amerika Syarikat telah pun memanggil pesawat itu “Screamer.”

Bagaimanapun menurut media Russia, Sukhoi pula memanggil pesawat terbaru mereka ini “Checkmate.”

Walauapapun tekaan, kita semua terpaksa menunggu pada Selasa nanti untuk melihat dengan lebih dekat pesawat misteri ini , “Screamer” atau “Checkmate” dan perkara paling penting adalah kemampuan teknikalnya.

Rekabentuk menarik macam mana pun, kalau kemampuan teknikalnya ke laut, tak guna jugaklah.

So kita tunggulah Selasa ini bila tarpaulin hitam itu ditanggalkan.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...