Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Polis Buru “Datuk” Dipercayai Terlibat Pukul Pelanggan

0 515

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Polis sedang memburu seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang dipercayai terlibat dalam kejadian memukul seorang pelanggan restoran di  Tropicana Avenue, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, suspek bertindak memukul seorang lelaki selepas dinasihatkan untuk tidak membuat bising.

Dipetik sebagai bercakap oleh Bernama, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata lelaki itu kemudian memukul mangsa dengan tangan dan disyaki turut menampar seorang lagi pelanggan wanita sebelum beredar keluar dari restoran terbabit.

“Kita telah menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa yang bekerja sebagai pengurus dan kini usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dan menambah kes disiasat di bawah Seksyen 323, 503 dan 506 Kanun Keseksaan. Terdahulu, kejadian tersebut tular dalam media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu yang disyaki pelanggan restoran di Petaling Jaya.

datuk
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...