Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Insiden Menimpa Kapal Friget “Saschen F219” Pada Jun 2018

0 524

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini admin just nak throwback kejadian yang telah menimpa kapal perang friget Tentera Laut Jerman daripada kelas Sachsen F219 yang berlaku pada 21 June 2018 di perairan Norway.

Insiden berlaku ketika pelancaran peluru berpandu pertahanan udara “SM-2” daripada pelancarnya.

(Sila LIKE dan SUBSCRIBE You Tube Channel “Defence Security Asia”)

Bagaimanapun sebaik dilancarkan, peluru berpandu pertahanan udara yang dilancarkan secara menegak (vertical launch) tersekat di dalam pelancarnya menyebabkan ia terbakar dan meletup walaupun pada skala yang sederhana.

Insiden menakutkan itu yang berjaya dirakam oleh anak-anak kapal daripada sebuah kapal perang berhampiran “Lubeck” telah mengakibatkan dua anak kapal Saschen F219 mengalami kecederaan manakala bahagian hadapan kapal perang terbabit mengalami kerosakan yang teruk. Saschen F219 merupakan satu daripada empat kapal friget pertahanan udara milik Tentera Laut Jerman.

Saschen
Bahagian hadapan kapal friget “Saschen”.

“Lubeck” adalah kapal pemburu kapal selam dan pada ketika insiden, kedua-duanya sedang dalam latihan.

Kapal friget kelas Saschen sememang direkabentuk untuk menangkis sebarang ancaman udara, sama ada peluru berpandu atau pesawat.

Setiap sebuah peluru berpandu SM-2 adalah setinggi 15 kaki dan berat 1,500 pound.

Saschen
Peluru berpandu SM-2 apabila dilancarkan.

Di dalam insiden Saschen, peluru berpandu yang sepatut menyelamatkannya ketika konflik, hampir-hampir membunuhnya.

Setiap kapal friget kelas Saschen membawa 32 silo peluru berpandu Mk 41 yang diisi dengan peluru berpandu SM-2 untuk misi anti ancaman udara, selain peluru berpandu Rolling Airframe Missile (RAM).

Walaupun begitu silo pelancaran itu diperbuat daripada bahan “armor” untuk mengelak jika letupan berlaku sebagaimana yang menimpa friget kelas Saschen, letupan itu tidak melibatkan peluru-peluru berpandu yang lain.

Saschen
Silo peluru berpandu SM-2

Selepas daripada kejadian itu, “Saschen” dan “Lubeck” belayar ke sebuah pelabuhan Harstad di Norway sebelum meneruskan pelayaran ke pengkalannya di Wilhemshaven di Jerman untuk dibaiki.

Kapal kelas Saschen yang seberat 5,300 tan dan membawa 230 anak kapal itu mula memasuki perkhidmatan tentera laut Jerman pada 2005.

Ia dibina oleh Blohm+Voss.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...