Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Apa Akan Jadi Pada Aset-Aset Bank Negara Afghanistan Sebanyak US$10 Billion?

Kini, apabila Afghanistan sudah dibawah pemerintahan Taliban, apa akan terjadi kepada aset Bank Negara Afghanistan itu.

0 3,227

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bank Negara Afghanistan atau “Da Afghanistan Bank” (DAB) memiliki aset yang dianggarkan sebanyak US$9.5 billion hingga US$10 billion di dalam pelbagai bentuk daripada rizab emas hinggalah kepada matawang asing.

Kebanyakkan daripada aset-aset itu disimpan di luar negara termasuk dengan Federal Reserve Bank of New York dan Bank of England.

Laporan kewangan terkini DAB sehingga 21 Jun sebagaimana dipetik oleh agensi berita Reuters menyebut bahawa ia memiliki aset sebanyak US$10 bilion termasuk rizab emas sebanyak US$1.3 bilion dan matawang asing sebanyak US$360 juta.

Selain itu, DAB juga memiliki pelbagai pelaburan bernilai US$6.1 bilion.

Menurut gabenor DAB, Ajmal Ahmady dalam ciapan di dalam akaun Twitternya berkata, beliau telah memberi tanggungjawab menjaga bank negara itu kepada timbalannya selepas melarikan diri ke negara asing bersama-sama Presiden Ashraf Ghani pada Ahad lepas, ketika Taliban berada di pintu masuk Kabul.

Kini, apabila Afghanistan sudah dibawah pemerintahan Taliban, apa akan terjadi kepada aset Bank Negara Afghanistan itu.

Adakah Taliban akan dapat menguasai aset bernilai US$10 bilion itu?

Nampaknya usaha Taliban untuk menguasai aset-aset Bank Negara Afghanistan itu tidak akan berhasil kerana menurut seorang pegawai di dalam pentadbiran Presiden Jo Biden, aset berbilion dollar Amerika itu akan dibekukan.

“Mana-mana aset Bank Negara Afghanistan di Amerika Syarikat tidak akan diserahkan kepada Afghanistan,” kata pegawai itu kepada agensi berita Reuters.

Laporan-laporan lain mengatakan matawang asing Bank Negara Afghanistan sebanyak US$360 juta itu dipegang di cawangan-cawangan DAB di seluru negara bergolak itu serta disimpan di Istana Presiden.

Bactrian
Bactrian Treasure

 

Selain itu, sebahagian daripada emas bernilai US$160 juta juga disimpan di Istana Presiden.

Sama ada ratusan juta matawang Amerika Syarikat dan emas yang disimpan di Istana Presiden itu masih ada atau telah dibawa lari bersama-sama Presiden Ashraf Ghani apabila beliau melarikan diri ke Tajikistan, masih belum diketahui.

Jikalau wang dan emas itu masih berada di Istana Presiden, maka sudah pasti ia didalam genggaman Taliban pada masa ini.

Sementara itu,adalah juga mengatakan simpanan-simpanan di Bank Negara Afghanistan menyimpan emas di dalam bentuk barangan kemas dan barangan perhiasan yang dikatakan berusia 2,000 tahun dan dipanggil “Bactrian Treasure” oleh UNESCO.

Bactrian
Bactrian Treasure

 

Kira-kira 21,000 harta-karun yang tersimpan di dalam simpanan rahsia di bawah bangunan Bank Negara Afghanistan sebelum ini dikatakan telah hilang sehinggalah ia ditemui pada 2003.

Pegawai-pegawai kanan Afghanistan sebelum ini mencadangkan supaya harta-karun purba Afghanistan ini disimpan di luar negara bagi memastikan supaya Taliban tidak akan mampu menguasainya.

Bagaimanapun, tiada pengesahan sama ada cadangan itu telah dilaksanakan atau tidak.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...