(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Amerika Syarikat hari ini telah mengeluarkan satu video berkenaan insiden “simulasi serangan” yang dilakukan oleh pesawat pejuang Russia terhadap kapal pemusnahnya (destroyer) kelas Arleigh Burke-USS Donald Cook di Laut Hitam.
Video itu menunjukkan simulasi serangan itu dikeluarkan oleh U.S Naval Forces Europe-Africa/U.S 6th Fleet.
(Insiden simulasi serangan oleh pesawat Russia terhadap USS Donald Cook di Laut Hitam)
Dalam video itu, sebuah pesawat pejuang dipercayai Sukhoi Su-24 “Fencer” Tentera Udara Russia melakukan penerbangan rendah secara merbahaya berhampiran dengan kapal pemusnah USS Donald Cook yang sedang menjalankan rondaan di Laut Hitam.
Pesawat-pesawat pejuang Russia yang berpengkalan di Semenanjung Crimea yang ditakluknya daripada Ukraine pada 2014, kerapkali melakukan “simulasi serangan” terhadap kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan NATO yang meronda di perairan di Laut Hitam, berkemungkinan sebagai suatu “intimidation”. Pihak U.S Naval Forces Europe/Africa/U.S 6th Fleet dalam kenyataan berkata, pihaknya sentiasa operasi di Laut Hitam untuk menjamin keselamatan dan kestabilan di rantau itu.
“Hari ini USS Donald Cook beroperasi di perairan antarabangsa di Laut Hitam, sementara sebuah pesawat Su-24 Russia melakukan penerbangan rendah berhampitannya,” katanya.
Kapal pemusnah kelas Arleigh Burke USS Donald Cook itu membawa 90 sel pelancar peluru berpandu pertahanan udara jenis SM-2.
Minggu lepas, USS Donald Cook telah diganggu oleh dua buah pesawat Su-24M, dua buah pesawat Su-30M dan dua buah pesawat Su-27 yang dikatakan telah melakukan “simulasi serangan” dipanggil sebagai “ detect and conditional destruction”.
Dan beberapa hari lepas, sebuah lagi kapal pemusnah Amerika Syarikat di Laut Hitam, USS Porter turut berhadapan perkara yang sama apabila lapan buah pesawat pejuang Russia melakukan “simulasi serangan” terhadapnya.
Pada ketika ini, tiga buah kapal perang Amerika Syarikat sedang beroperasi di Laut Hitam.
Comments are closed.