Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Tupolev TU-160 “Blackjack”, Pesawat Pengebom Strategik Russia

0 886

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jika Amerika Syarikat memiliki pesawat B-1B “Lancer” sebagai pesawat pengebom strategiknya, Russia pula memiliki Tupolev TU-160 “Blackjack” sebagai pesaingnya yang juga bertindak sebagai pesawat pengebom strategik negara itu.

Pesawat TU-160 “Blackjack”adalah sebuah pesawat “swing-wing” dan ia telah dibangunkan oleh syarikat Tupolev dan Kazan-Gorbunov pada 1980 dan pada 1987 ia mula berkhidmat dengan Skuadron Jarak Jauh Ukraine (ketika Ukraine masih sebahagian daripada Soviet Union).

(SILA LIKE DAN SUBSCRIBE CHANNEL YOU TUBE “DEFENCE SECURITY ASIA”)

Pada ketika ini Russia dikatakan memiliki sehingga 16 buah pesawat pengebom strategik TU-160 yang juga digelar “White Swan” kerana warnanya yang putih.

Tentera Udara Russia bercadang untuk menambah pemilikan pesawat pengebom strategik ini  yang diiktiraf sebagai pesawat pengebom strategik paling berkeupayan (dikira daripada jumlah senjata yang boleh dibawanya) kepada di antara 50 hingga 60 buah. Oleh itu ia telah meningkatkan keupayaan TU-160 ini daripada segi enjin dan sistem avioniknya. Pesawat pengebom yang dinaiktaraf ini dipanggil TU-160M yang dilengkapi dengan enjin NK-32-02 yang dibangunkan oleh United Corporation. Setiap pesawat pengebom strategik ini membawa empat buah enjin NK-32-02.

TU-160
Pesawat pengebom strategik ini juga digelar “White Swan”

Dengan kemampuan enjin yang lebih berkemampauan, pesawat Tupolev TU-160M ini bukan sahaja boleh pergi lebih jauh dan terbang lebih tinggi tetapi apa yang penting ia kini boleh membawa muatan senjata yang lebih banyak.

Dikatakan memegang 44 rekod penerbangan dunia, flight endurance pesawat TU-160 adalah 15 jam penerbangan dan jarak operasi kira-kira 13,000km (tetapi jika dibantu dengan air-to-air-refuelling) maka endurance dan jarak operasi akan bertambah.

Pesawat TU-160M kini boleh membawa 45 tan (45,000 kg) senjata di dalam dua buah weapon bays pesawat itu, dengan senjata utama adalah 12 butir peluru berpandu kruis Raduga KH-101/102 yang telah berkhidmat dengan tentera Russia sejak 2013.

TU-160
Pesawat pengebom strategik TU-160 “Blackjack”

Pada 2018, agensi berita Russia iaitu TASS melaporkan pesawat pengebom TU-160M yang dinaiktaraf telah melancarkan 12 peluru berpandu KH-101/102 yang memiliki jarak sasaran sejauh 4,000km di lapang sasar Pemboi.

Menurut seorang penganalisis pertahanan, dengan peluru berpandu 4,000km pesawat itu boleh melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera NATO di Eropah tanpa perlu keluar daripada sempadan Russia.

Dalam konflik Syria antara 2015-2017, pesawat-pesawat TU-160 ini melakukan penerbangan sejauh 4,000 batu daripada pengkalannya melintasi Mediterranean dan melancarkan peluru-peluru berpandu KH-101/102 terhadap kedudukan ISIS di Syria.

Pesawat-pesawat TU-160 tentera Russia ini beroperasi di pengkalan udara Engels di tengah Russia.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...