Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Hantar Kapal Selam Nuklear USS Springfield (SSN-761) Ke Korea Selatan

Kehadiran kapal selam berkuasa nuklear kelas-Los Angeles, USS Springfield (SSN-761) di Busan,Korea Selatan beberapa hari lepas seolah-olah adalah suatu “amaran keras” daripada Washington kepada rejim Korea Utara supaya menghentikan segala provokasi.

0 3,232

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Untuk menangani provokasi daripada ujian-ujian peluru berpandu oleh Korea Utara, Amerika Syarikat telah menghantar sebuah kapal selam berkuasa nuklear daripada kelas-Los Angeles ke Korea Selatan.

Kehadiran kapal selam berkuasa nuklear USS Springfield (SSN-761) di Busan beberapa hari lepas seolah-olah adalah suatu “amaran keras” daripada Washington kepada rejim Korea Utara supaya menghentikan segala provokasi.

Menurut armada ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal selam berkuasa nuklear USS Springfield itu merupakan salah satu daripada lima buah kapal selam penyerang nuklear kelas-Los Angeles yang kini bertugas di kawasan operasi armada ke-7 itu Indo-Pasifik.

USS Springfield dan empat kapal selam nuklear kelas-Long Angeles yang lain kini ditempatkan di Guam,bertujuan melaksanakan operasi keselamatan maritim dan menyokong kepentingan nasional Amerika Syarikat.

Dengan berat menghampiri 7,000 tan, kapal selam berkuasa nuklear USS Springfield itu membawa 12 pegawai dan 98 anak kapal.

USS Springfield
USS Springfield di Busan

 

Ia dilengkapi dengan persenjataan seperti torpedo, peluru berpandu kruis Tomahawk SLCM, peluru berpandu anti-kapal Harpoon dan periuk api.

Guam yang  kini menjadi “rumah” kepada USS Springfield dan empat buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Los Angeles terletak di Lautan Pasifik merupakan wilayah terkecil milik Amerika Syarikat dengan keluasannya hanyalah kira-kira 200 batu persegi.

Walaupun kecil daripada segi saiz, tetapi Guam disifatkan amat “aktif” daripada segi ketenteraan kerana ia menempatkan anggota tentera Amerika Syarikat daripada kesemua cabang, udara, darat,laut dan bawah laut.

Kebiasaanya Amerika Syarikat tidak mengumumkan kehadiran kapal-kapal selam miliknya di Semenanjung Korea, tetapi kali ini ia bertindak menwar-warkan kedatangan USS Springfield di Busan sebagai “amaran” kepada Korea Utara selepas rejim itu berulang-kali melakukan provokasi dengan melancarkan puluhan ujian peluru berpandu.

Hwasong-15
Pelancaran peluru berpandu Hwasong-15 oleh Korea Utara

 

Pada 18 Feb yang lalu, rejim Kim Jong-un telah melancarkan peluru berpandu Inter Continental Ballistic Missile (ICBM) “Hwasong-15” yang dikatakan berkemampuan membedil mana-mana sasaran di Amerika Syarikat.

Menurut penyelidik kanan di Korea Defense and Security Forum Shin Jong-woo berkata kehadiran USS Springfield adalah komitmen Amerika Syarikat terhadap keselamatan Korea Selatan.

“Kapal selam berkuasa nuklear adalah sistem persenjataan yang boleh mendekati secara senyap kapal-kapal selam Korea Utara dan menumpaskannya. Oleh itu saya merasakan ia adalah satu lagi amaran kepada Korea Utara,” katanya. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...