Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Perbezaan Antara Pulau Dan Batuan Berdasarkan Kepada UNCLOS

Dibawah UNCLOS (United Nations Conventions on the Law of The Sea), Pulau didefinisikan sebagai tanah yang terbentuk secara semulajadi dikelilingi oleh air yang boleh menampung aktiviti ekonomi atau kehidupan manusia, manakala batuan pula merupakan kawasan dikelilingi air yang tidak boleh menampung kehidupan manusia atau aktiviti ekonomi.

0 1,479
Adakah Anda Tahu Perbezaan Di Antara Pulau Dan Batuan, Berdasarkan Kepada UNCLOS?

 

Dibawah UNCLOS (United Nations Conventions on the Law of The Sea) 1982, perbezaan di antara pulau (islands) dan batuan (rocks) adalah berdasarkan kepada kemampuannya untuk menampung kehidupan manusia atau aktiviti ekonomi.

Pulau didefinisikan sebagai tanah yang terbentuk secara semulajadi dikelilingi oleh air yang boleh menampung aktiviti ekonomi atau kehidupan manusia.

UNCLOS
kredit: National Hydrographic Centre

 

Berbanding pula dengan batuan yang merupakan kawasan dikelilingi oleh air yang tidak boleh menampung kehidupan manusia atau aktiviti ekonomi.

Perbezaan ini adalah penting kerana ia menjelaskan dengan lebih lanjut berkenaan hak-hak maritim kawasan terbabit dan kawasan perairan disekelilingnya termasuk Perairan Wilayah (Territorial Seas), Zon Ekonomi Eksklusif (Exclusive Economic Zones) dan Pelantar Benua (Continental Shelves).

UNCLOS
kredit: National Hydrographic Centre

 

Pulau berhak kepada kesemua hak zon-zon maritim, manakala batuan pula hanya berhak kepada perairan wilayah sehingga kepada 12 Batu Nautika.

Perbezaan di antara pulau dan batuan adalah relevan kepada pertikaian wilayah di antara negara dan dalam menentukan hak serta tanggungjawab negara-negara pesisir dan negara lain dalam menggunakan perairan sekeliling untuk navigasi, perikanan dan aktiviti yang lain.

Kredit: Page Facebook National Hydrographic Centre

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

 

Comments
Loading...