Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Ukraine Hanya Dapat 50 Kereta Kebal Barat, Dari 320 Buah Dijanjikan

Dengan jangkaan hanya akan menerima sekitar 50 buah kereta kebal moden Barat daripada 320 buah yang dijanjikannya sebelum ini,  Ukraine bimbang ia tidak mampu menentang serangan besar-besaran tentera Russia yang dijangkakan berlaku pada musim bunga April ini.

0 2,621

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Walaupun dijanjikan dengan “sumbangan” lebih daripada 320 buah kereta kebal moden buatan Barat menjelang April, tetapi penganalisis menyatakan Ukraine berkemungkinan besar akan hanya memperolehi kira-kira 50 buah kereta kebal sahaja.

Dengan jangkaan 50 buah kereta kebal moden Barat yang dijangka diterimanya, ia tidak akan mencukupi bagi Ukraine untuk berhadapan dengan serangan besar-besar Russia yang dijangkakan berlaku pada April ini.

Berita mengecewakan tentang “sumbangan” kereta kebal Barat itu disampaikan oleh Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius yang menyatakan bahawa negara-negara Eropah yang mahu menghantar kereta kebal Leopard 2A6 ke Ukraine, hanya mampu mengirimkan separuh daripada bilangan varian kereta kebal itu dijanjikannya sebelum ini.

Beliau memberikan gambaran bahawa negara-negara Barat berhadapan dengan masalah untuk menghantar kereta-kereta kebal moden buatan Barat kepada Ukraine dalam jumlah besar yang dijanjikan sebelum ini.

Dengan jangkaan hanya akan menerima 50 buah kereta kebal moden Barat daripada 320 buah yang dijanjikannya sebelum ini,  Ukraine bimbang ia tidak mampu menentang serangan besar-besaran tentera Russia pada musim bunga ini.

Leopard
Canselor Jerman Olaf Scholz bersama kereta kebal Leopard 2.

 

Ukraine dijangka menerima empat buah kereta kebal Challenger 2 daripada Britain manakala Poland pula sedang berusaha untuk menyerahkan 14 buah kereta kebal Leopard 2 daripada simpanannya.

Kanada pula berikrar akan memberikan empat buah kereta kebal Leopard 2 manakala Portugal pula akan menyerahkan tiga buah kereta kebal Leopard 2A6 pada bulan depan, Norway pula menyatakan ia akan menyerahkan lapan buah kereta kebal tetapi tidak menyatakan bila.

Finland juga bercadang menyerahkan beberapa buah kereta kebal Leopard manakala Denmark dan Netherlands pula enggan menyerahkan varian kereta kebal Leopard 2 yang lebih moden kepada Ukraine, sebagaimana didakwa oleh media Jerman.

Jerman juga menyatakan ia akan hanya menghantar 14 buah kereta kebal Leopard 2A6.

Leopard
Kereta kebal Leopard 2A7

 

Sejak tercetusnya konflik di antara Ukraine dan Russia, negara-negara Barat telah menghantar pelbagai jenis senjata kepada Kiev termasuk peluru berpandu anti-pesawat, kereta kebal, meriam, peluru berpandu anti-kereta kebal dan pelbagai lagi.

Presiden Poland Andrzej Duda berkata Ukraine berada di ambang kekalahan di tangan Russia sekiranya negara-negara Barat tidak memberikan sistem persenjataan dengan cepat.

Beliau mahukan bantuan ketenteraan kepada Ukraine dipercepatkan dalam minggu-minggu mendatang ini. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...