Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal Pemusnah Type 45 Kelas-Daring British Sememangnya “Daring”

Ketika kapal pertama kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring pertama yang dilancarkan pada 2006, telah dilabel oleh pegawai-pegawai kanan tentera laut British sebagai kapal pemusnah pertahanan udara paling berkuasa dan berkemampuan di dunia.

4,338

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring atau ia hanya dikenali sebagai “D” telah dikategorikan sebagai kapal pemusnah paling berkuasa pernah dibina oleh Tentera Laut British bagi menggantikan kapal pemusnah Type 42 kelas-Sheffield.

Kapal pemusnah Type 42 telah berkhidmat dengan Tentera Laut British dengan cemerlang termasuk ketika Perang Falklands.

Ketika kapal pertama kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring pertama yang dilancarkan pada 2006, telah dilabel oleh pegawai-pegawai kanan tentera laut British sebagai kapal pemusnah pertahanan udara paling berkuasa dan berkemampuan di dunia.

Type 45

Ya, kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring telah direkabentuk untuk berfungsi sebagai kapal pemusnah anti-pesawat dan anti-peluru berpandu anti-kapal/ballistik.

Kapal pertama HMS Daring telah dilancarkan pada 2006 dan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut British (Royal Navy) pada 2009.

Selepas HMS Daring, lima buah kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring telah dibina, dilancar dan ditauliahkan.

Kapal kedua HMS Dauntless telah dilancarkan pada 2007 dan ditauliahkan pada 2010, HMS Diamond (dilancar pada 2007 dan ditauliah pada 2011), HMS Dragon (dilancar pada 2008 dan ditauliah pada 2012), HMS Defender (dilancar pada 2009 dan ditauliah 2013) dan HMS Duncan (dilancar pada 2010 dan ditauliah pada 2013).

Type 45

Keenam-enam buah kapal Type 45 kelas-Daring dibina dengan kos melebihi $1 bilion (RM4 bilion) setiap sebuah.

Enam buah kapal Type 45 kelas-Daring dibina walaupun perancangan asal adalah untuk membina 12 buah kapal pemusnah itu tetapi diatas beberapa sebab termasuk peningkatan kos serta kekurangan bajet maka hanya enam buah yang dapat dibina.

Mengenai spesifikasi teknikal kapal pula, setiap kapal adalah seberat 8,400 tan manakala panjangnya pula adalah 152 meter.

Dengan krew seramai 191 orang (tetapi kemampuan maksimum membawa 285 anak kapal),kapal pemusnah Type 45 kelas-Daring ini boleh mencapai kelajuan maksimum 32 knot dan radius operasinya pula mencecah 7,000 batu nautika pada kelajuan kruis 18 knot.

Oleh kerana ia adalah kapal pemusnah yang direkabentuk untuk melaksanakan misi-misi anti-pesawat dan anti-peluru berpandu anti-kapal/ballistik maka ia menggunakan Principal Anti-Air Systems (PAAMS) yang dibangunkan secara bersama oleh United Kingdom, Perancis dan Itali.

Type 45

Sistem PAAMS yang digunakan oleh kapal perang British itu dilengkapkan dengan sistem pertahanan udara Sea Viper yang menggunakan radar pelbagai fungsi SAMPSON AESA (Active Electronically Scanned Array) dan radar jarak jauh S1850M.

PAAMS berkemampuan menjejak 2,000 sasaran dengan komponen utamanya adalah peluru berpandu Aster 15 dan Aster 30, dengan setiap kapal Type 45 kelas-Daring membawa 48 buah kedua-dua peluru berpandu terbabit.

Dibawah pelan peningkatan keupayaan yang dilakukan terhadap keenam-enam kapal perang terbabit, peluru berpandu Aster 15 itu bakal digantikan dengan peluru berpandu Common Anti-Air Modular Missile (CAMM).

Pada ketika ini, kapal-kapal perang British itu dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal “Harpoon” tetapi pada 2023, ia akan digantikan dengan peluru berpandu yang lain.

Type 45

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Google Play

Selain itu, kapal juga dilengkapi dengan torpedo dan helikopter yang juga boleh dilengkapi dengan peluru berpandu anti-kapal.

Keenam-enam kapal Type 45 kelas-Daring ini akan ditamatkan perkhidmatanya pada 2035 dan digantikan dengan kapal pemusnah Type 83 pula. — DSA

 

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

Comments are closed.