Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat TUDM-TNI AU Lakukan Rondaan Bersama Dalam PATKOR MALINDO

Operasi PATKOR MALINDO dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi dan kerjasama menyeluruh di antara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam menjaga keselamatan ruang udara dari sebarang pencerobohan.

0 4,648

(DEFENCE SECURITY ASIA)– Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU) telah melaksanakan rondaan bersama dalam Operasi PATKOR MALINDO.

Operasi tersebut telah dilaksanakan di kawasan Selat Melaka bermula pada 18 hingga 19 Julai 2022. 

Operasi melibatkan angkatan udara ini sesungguhnya dapat meningkatkan tahap kesiagaan operasi dan kerjasama menyeluruh di antara kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia khususnya dalam menjaga keselamatan ruang udara dari sebarang pencerobohan.

Patkor Malindo
(kredit TUDM)

 

Operasi rondaan bersama selama dua hari ini secara langsung juga mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.

Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) bertindak sebagai penyelaras rondaan bersama (PATKOR) dengan kerjasama pihak TNI-AU.

TUDM diwakili oleh No 15 Skn, CRC1 Kuantan.

Patkor Malindo
(kredit TUDM)

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

 

Patkor Malindo
(kredit TUDM)

 

TNI-AU pula diwakili oleh pesawat F16 yang membuat penerbangan dari Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Pekan Baru dan KOSEK HANUDNAS I Medan. — DSA

Gambar dan Fakta disediakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Comments
Loading...