Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Laksana TSSR Atasi Masalah Pengaratan Pesawat PC-7 MkII Miliknya

“Program Technical Services for Structural Reworks (TSSR) bagi pesawat PC-7 Mk II milik TUDM adalah khidmat teknikal yang dicadangkan oleh pihak OEM,Pilatus Aircraft Ltd bagi menyelesaikan masalah pengaratan pada struktur utama pesawat dengan dengan menukarkan keseluruhan airframe pesawat (fuselage dan wing) kepada material yang lebih tahan kepada pengaratan.

0 2,724

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Program Technical Services for Structural Reworks (TSSR) Phase 1 bagi pesawat PC-7 Mk II miliknya bagi menyelesaikan masalah pengaratan (corrosion) pada struktur utama pesawat.

Program TSSR bagi pesawat PC-7 Mk II adalah khidmat teknikal yang dicadangkan oleh pihak OEM iaitu Pilatus Aircraft Ltd.

Menurut kenyataan oleh TUDM menerusi media sosial hari ini, program yang bermula pada 18 Jun 2022 itu dijangka tamat pada Mei 2027.

PC-7 MkII
(gambar fail kredit TUDM)

 

“Program TSSR bagi pesawat PC-7 Mk II milik TUDM adalah khidmat teknikal yang dicadangkan oleh pihak OEM iaitu Pilatus Aircraft Ltd bagi menyelesaikan masalah pengaratan pada struktur utama pesawat.

“Kaedah yang digunakan adalah dengan menukarkan keseluruhan airframe pesawat (fuselage dan wing) kepada material yang lebih tahan kepada pengaratan,” menurut kenyataan TUDM itu.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara TUDM Lt Jen Dato’ Zahani Hj Zainal Abidin TUDM mewakili Panglima TUDM telah menyempurnakan majlis penyerahan Pesawat PC-7 MkII (M50-02) Baseline Aircraft bagi program TSSR Phase 1 yang diadakan di Kolej Tentera Udara (KTU), Alor Setar baru-baru ini.

Program TSSR dibahagikan kepada dua fasa.

Fasa 1 adalah pelaksanaan “prototype” atau “baseline aircraft” di fasiliti OEM di Switzerland manakala Fasa 2 pula melibatkan pelaksanaan program TSSR di fasiliti TUDM di KTU melibatkan pesawat PC-7 MkII.

PC-7 MkII
(kredit TUDM)

 

Bagi pelaksanaan Fasa 1, TUDM telah menghantar RMAF Maintenance Team yang diketuai oleh Mejar Ir. Wan Mohd Amin Wan Shuib TUDM bersama-sama tiga anggota juruteknik iaitu F/Sjn Mohd Amirul Hafizzee Omar, Sjn U Mohamad Eri Hafifi Inchik Omar dan Kpl U Amirul Farhan Iswadi Yaacob untuk mempelajari kaedah pelaksanaan “Modification Order” bersama OEM.

Tempoh masa “On The Job Training” ini adalah selama enam bulan iaitu bermula pada Jun hingga Disember 2022. 

Pesawat Pilatus PC-7 MkII M50-02 terbabit telah berjaya melaksanakan penerbangan pertama pada 2 Disember 2022 di ruang udara Switzerland setelah kerja-kerja “Modification Order” dilaksanakan.

Setelah siap kerja-kerja pemasangan selepas penerimaan pesawat di KTU pada 15 Mac 23 oleh Tim Kejuruteraan TUDM dengan bantuan dua (2)  Field Service Engineer (FSE) Pilatus, pihak Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) telah melaksanakan audit verifikasi pembaharuan Special Flight Permit (SFP) pada 1 hingga 4 Mei 2023 dan mengeluarkan SFP kepada pesawat M50-02 bermula 8 Mei 2023 hingga 7 November 2023.

Lt Kol Mohd Norazan Othman TUDM selaku Flight Test Pilot telah dilantik sebagai Ketua Team Final Acceptance Test (FAT) bagi memastikan pesawat tersebut memenuhi Statement of Work (SoW) yang ditetapkan dan “Form, Fit and Function” serta “airworthy” untuk diterbangkan semula.

PC-7 MkII
(kredit TUDM)

 

Penerbangan pertama di ruang udara Malaysia iaitu FAT telah berjaya dilaksanakan pada 10 Mei 2023 oleh Lt Kol Mohd Norazan Othman TUDM dan dibantu oleh Mej Timhar bin Naufal TUDM sebagai juruterbang kedua. 

Pesawat M50-02 telah mula melaksanakan latihan penerbangan bermula pada 13 Mei 2023 dan sehingga hari ini, sebanyak 13.46 jam penerbangan telah direkodkan. 

Wakil Pilatus Aircraft Ltd, Guido Anto Flury telah memberi ucapan tahniah dan syabas kepada TUDM amnya dan TSSR-Phase 1 RMAF Maintenance Team khasnya kerana telah melaksanakan Program TSSR Pesawat PC-7 MkII (M50-02) dengan jayanya.

TUDM dipercayai memiliki sehingga 21 buah pesawat latihan Pilatus PC-7MkII yang digunakan untuk memberikan latihan asas penerbangan kepada juruterbang-juruterbangnya.

PC-7 MkII
(kredit TUDM)

 

Pesawat latihan itu dilengkapi dengan tandem glass cockpit untuk dua juruterbang serta menggunakan ejection seats.

Pesawat PC-7 MkII dilengkapi dengan enjin turpoprop Pratt & Whitney PT6A-25C berkuasa maksima  700shp, selain dilengkapi dengan digital electronic engine control system.

PC-7 MkII boleh terbang pada ketinggian maksima 33,000 kaki dan kelajuan maksima 556km/h dengan jarak maksima operasi 1,500km. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...