Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

TUDM Mulakan Perancangan Miliki Sistem Pertahanan Udara Jarak Sederhana

Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal (ADJ)  keluaran Julai-Ogos berkata, perancangan untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana itu adalah selaras dengan program CAP 55 (Capability Development 2055)  yang dirangka oleh TUDM.

0 11,568

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mula melakukan perancangan terperinci untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

RMK-12 akan bermula pada tahun ini sehingga tahun tahun 2025.

Menurut Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam temuramah dengan majalah pertahanan berbahasa Inggeris, Asian Defence Journal (ADJ)  keluaran Julai-Ogos berkata, perancangan untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana itu adalah selaras dengan program CAP 55 (Capability Development 2055)  yang dirangka oleh TUDM.

“Selaras dengan program CAP 55 TUDM, satu rejimen GBAD (Ground-Based Air Defence) dengan empat bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana akan ditubuhkan. Perancangan teliti mengenainya akan dilaksanakan pada RMK-12.”

“Perolehan sistem itu akan dilakukan secara progresif (berperingkat) sehinggalah satu rejimen (sistem pertahanan udara jarak sederhana) berjaya ditubuhkan dengan lengkap menjelang tempoh pada akhir RMK-15,” kata Panglima TUDM itu.

ackbal tudm
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad

 

Beliau berkata, perolehan sistem pertahanan udara jarak sederhana itu akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan kemampuan TUDM untuk menjadi sebuah angkatan udara yang lengkap semua spektrum.

Pada ketika ini, sistem pertahanan udara TUDM hanya mampu melaksanakan pertahanan “point defence” kerana kemampuan yang dimilikinya adalah terbatas iaitu sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat “VShorad” (Very Short Range Air Defence).

Dengan perolehan sistem pertahanan udara jarak sederhana katanya, ia bakal menjadikan TUDM memiliki kemampuan “area defence” bertujuan memberikan perlindungan terhadap aset-aset kritikal dan strategik negara daripada segala bentuk ancaman udara.

Ackbal juga berkata,Angkatan Tentera Malaysia telah memutuskan supaya pihak TUDM merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengoperasikan sistem pertahanan udara jarak sederhana.

Pada ketika in, Malaysia menggunakan kombinasi pelbagai sistem pertahanan udara jarak dekat, antaranya sistem Jernas, Starstreak, Igla, Anza dan FN-6 serta meriam Oerlikon 35mm.

Jernas
Sistem pertahanan udara jarak dekat “Jernas”

 

Untuk sistem pertahanan udara jarak sederhana ground-based, Malaysia mempunyai beberapa pilihan seperti sistem ASTER 30 SAMP-T yang dibangunkan oleh firma MBDA yang pada ketika ini digunakan oleh Angkatan Tentera Singapura.

Keupayaan sistem ASTER 30 ini adalah peluru berpandunya menjangkaui lebih daripada 100km jaraknya.

Selain itu, ada sistem-sistem lain seperti mungkin SA-17 Grizzly atau S-300/S-400 daripada Russia manakala China juga mungkin akan menawarkan sistem mereka.

Syarikat-syarikat pertahanan Amerika Syarikat tidak akan ketinggalan dan akan juga mempertaruhkan sistem pertahanan udara jarak sederhana mereka serta syarikat-syarikat daripada negara lain.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...