Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Kesemua Friget Kelas-Admiral Gorshkov Russia Dilengkapi Peluru Berpandu Hypersonik “Tsirkon”

(VIDEO) Kapal-kapal friget kelas-Admiral Gorshkov dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik "Tsirkon" itu merupakan kapal friget generasi baru milik Tentera Laut Russia  yang berkemampuan melaksanakan pelbagai tugas dan misi termasuk serangan jarak jauh, anti-kapal selam dan pengiringan (escort).

0 3,154

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Panglima Tentera Laut Russia Nikolai Evmenov mengesahkan kemungkinan kesemua 10 buah kapal friget kelas-Admiral Gorshkov akan dilengkapkan dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” (Zircon).

Kapal-kapal friget kelas-Admiral Gorshkov dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” itu merupakan kapal friget generasi baru milik Tentera Laut Russia  yang berkemampuan melaksanakan pelbagai tugas dan misi termasuk serangan jarak jauh, anti-kapal selam dan pengiringan (escort).

Baru-baru ini Tentera Laut Russia telah mentauliah kapal friget kelas-Admiral Gorshkov miliknya yang ketiga, “Admiral Golovko” yang disahkan turut dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon.”

Admiral Golovko juga telah melaksanakan siri ujian pelancaran peluru berpandu hypersonik “Tsirkon” sebelum ini.

Kapal friget “Admiral Golovko” merupakan kapal friget ketiga daripada figet kelas-Admiral Gorshkov (Project 22350) yang telah pun beroperasi dengan Tentera Laut Russia selepas “Admiral Gorshkov” dan “Admiral Kasatonov”.

Tujuh lagi buah kapal friget kelas-Admiral Gorshkov sedang menjalani pelbagai peringkat pembinaan ketika ini.

Pada 2020, Ketua Staff Angkatan Tentera Russia Jeneral Valery Gerasimov menyatakan bahawa peluru berpandu “Tsirkon” telah dilancarkan daripada kapal friget “Admiral Gorshkov” di Laut Putih dan telah berjaya mengenai sasarannya yang terletak di Laut Barent kira-kira 450km jauhnya.

Menurut beliau lagi, peluru berpandu hypersonik itu telah berjaya mencapai kelajuan Mach 8 dan terbang ke altitud setinggi 28km.

Kapal friget Admiral Gorshkov merupakan kapal friget pertama yang dilengkapi dengan peluru berpandu hypersonik “Tsirkon”.

Peluru berpandu Hypersonik “Tsirkon” yang dibangunkan oleh  NPO-Mashinostroeniya itu diikatakan mampu mencapai kelajuan Mach 9 dan jarak effektif melebih 1,000km.

Dengan kelajuan sedemikian, peluru berpandu yang membawa di antara 300kg hingga 400 kg bahan peledak boleh membedil sasaran sejauh 1,000km dalam tempoh 7 minit sahaja.

Ia juga boleh dilengkapi dengan bahan peledak nuklear.

Sementara itu, kapal-kapal friget kelas-Admiral Gorshkov dibangunkan untuk menangani kapal-kapal permukaan dan kapal selam selain mematahkan serangan udara.

Menurut tentera Russia, teknologi halimunan turut diaplikasikan di dalam pembinaan kapal perang kelas-Admiral Gorshkov bagi membolehkan kapal perang seolah-olah tidak wujud pada pandangan radar musuh.

Berat kapal perang ini adalah 5,000 tan, panjang 135 meter, kelajuan 29 knot dan membawa krew seramai 135 orang.

Kapal perang itu turut membawa helikopter KA-27.

Tsirkon
Peluru berpandu Hypersonic “Tsirkon” yang dibangunkan oleh NPO Mashinostroyenia.

Tsirkon

Kapal friget kelas-Admiral Gorshkov merupakan kapal-kapal friget termoden di dalam angkatan laut Russia yang dibangunkan oleh Severnoye Design Bureau.

Ia mengaplikasikan teknologi halimunan (stealth) di dalam pembinaannya.

Selain peluru berpandu “Tsirkon”, kapal friget itu mampu melancarkan peluru berpandu “Kalibr” dan “Oniks”. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

To advertise contact: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...