Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiga Kapal Pengangkut Pesawat Bergabung Dalam Latihan Interoperabiliti Di Teluk Aden

Latihan interoperabiliti itu menyaksikan aksi-aksi daripada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut British “HMS Queen Elizabeth”, USS Ronald Reagan dan Iwo Jima Amphibious Ready Group daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

0 1,705

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perairan di Teluk Aden hari ini menyaksikan tiga buah kapal pengangkut pesawat daripada Anerika Syarikat dan United Kingdom bergabung untuk melaksanakan latihan interoperabiliti yang turut disertai oleh beberapa kapal perang negara lain.

Latihan interoperabiliti itu menyaksikan aksi-aksi daripada kapal pengangkut pesawat Tentera Laut British “HMS Queen Elizabeth”, USS Ronald Reagan dan Iwo Jima Amphibious Ready Group daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

“Pasukan kami amat berbangga untuk beroperasi bersama-sama dengan UK Carrier Strike Group,” kata Rear Admiral Will Pennington yang merupakan komander kepada Ronald Carrier Strike Group dan Task Force 50.

Dengan operasi bersama di lautan, mereka dapat mendalamkan lagi kerjasama dan persahabatan.

Kapal-kapal perang terbabit terlibat dalam operasi maritime pelbagai spektrum termasuk anti-air warfare (AAW), anti-surface warfare (ASUW) dan anti-submarine warfare (ASW).

HMS Queen Elizabeth
DVIDS

 

Antara latihan yang dijalankan mereka termasuklah memburu kapal selam musuh, mempertahankan aset daripada ancaman udara menerusi pertahanan udara berlapis dan melancarkan serangan jarak jauh terhadap musuh.

Komander United Kingdom Carrier Strike Group Commodore Steve Moorhouse berkata, kapal-kapal pengangkut pesawat itu adalah expresi kekuasaan maritime antarabangsa.

Selain kapal-kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth, USS Ronald Reagan dan USS Iwo Jiwa yang merupakan Landing Helicopter Dock (LHD) membawa pesawat-pesawat pejuang F-35B Lightning,  kapal friget HMS Richmond, kapal friget Tentera Laut Belanda HNLMS Evertsen, USS Sullivan (DDG 68), USS Halsey (DDG 97) dan USS Shiloh (CG 67) turut terlibat.

Pada ketika ini, USS Ronald Reagan dan USS Iwo Jima ARG sedang beroperasi di kawasan 5th Fleet .

HMS Queen Elizabeth
Kredit DVIDS

 

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...