Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Kepala” Kumpulan Pembunuh Presiden Haiti Ditangkap Polis Negara itu

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama  Christian Emmanuel Sanon telah berjaya ditahan selepas melarikan diri  dan bersembunyi selepas kejadian pembunuhan Moise di kediaman peribadinya di ibu negara, Port-Au-Prince.

0 1,648

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Kepala” atau “mastermind”  kepada kumpulan pembunuh Presiden Haiti Jovenel Moise minggu lepas telah berjaya ditahan oleh polis negara itu.

Lelaki tersebut yang dikenali dengan nama  Christian Emmanuel Sanon telah berjaya ditahan selepas melarikan diri  dan bersembunyi selepas kejadian pembunuhan Moise di kediaman peribadinya di ibu negara, Port-Au-Prince.

Ketua Polis Haiti, Leon Charles berkata, Sanon didapati pernah tinggal di Florida, Amerika Syarikat.

“Anggota polis menemui beberapa barangan daripada rumah Sanon termasuk topi yang tertera logo DEA Amerika Syarikat  (Drug Enforcement Agency), 20 kotak berisi peluru, lesen kenderaan Republik Dominica dan kereta,” katanya.

Beliau berkata, Sanon terbang ke Haiti daripada Florida menggunakan jet peribadi dan mengadakan perbincangan dengan anggota kumpulan pembunuh itu di Port-au-Prince.

Haiti
Gambar kredit AP

 

Beliau berkata, polis negara itu terus berusaha untuk mencari jawapan terhadap kejadian pembunuhan Moise yang turut menyebabkan isterinya, Martine cedera parah.

Charles berkata, sehingga hari ini pihak polis Haiti mempercayai 26 warga Colombia terlibat dalam kejadian pembunuhan itu, dengan lapan daripada mereka telah berjaya ditangkap bersama-sama tiga warga Haiti.

Lima saspek masih bebas dan sekurang-kurang tiga telah ditembak mati.

“Kesemua mereka amat berbahaya, bekas anggota komando dan unit-unit khas tentera,” katanya dan menambah, polis Haiti bekerjasama dengan pihak Colombia tentang komplot pembunuhan itu.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat turut telah dimaklumkan tentanng penahanan Sanon itu serta dua lagi rakyat Amerika Syarikat yang ditangkap bersama bekas-bekas anggota tentera Colombia itu.

Kerajaan Haiti turut meminta Amerika Syarikat untuk menghantar anggota tenteranya ke negara Carribean untuk mengawal kemudahan infrastruktur penting tetapi perkara itu masih dibincangkan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat John Kirby bagaimanapun  berkata, anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri negara itu dan FBI sedang dalam perjalanan ke Haiti untuk membantu dalam siasatan.

Haiti
Gambar kredit Reuters

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...