Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tiada Makluman Drp Singapura Penerbangan Helikopter PDRM Masuki Ruang Udaranya

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihak berkuasa udara Singapura tidak memaklumkan PDRM tentang sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara republik berkenaan.

0 1,893

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat penerbangan helikopter miliknya di ruang udara berhampiran Singapura hari ini bagi tujuan penugasan rasmi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihak berkuasa udara Singapura tidak memaklumkan PDRM tentang sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara republik berkenaan.

“PDRM mengesahkan bahawa terdapat penerbangan helikopter milik PDRM di ruang udara berhampiran Singapura, bagi tujuan penugasan rasmi.

“Sepanjang penugasan berlangsung sehingga kini, PDRM tidak dimaklumkan oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter tersebut telah memasuki ruang udara Singapura,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Hazani berkata demikian selepas pihak polis mengesan sebaran mesej di media sosial yang mendakwa helikopter Malaysia telah menceroboh ruang udara Singapura hari ini.

Polis

Portal pertahanan dikenali dengan nama “Alert 5” hari ini melaporkan bahawa pihak tentera Singapura telah mengerahkan (scrambled) dua buah pesawat pejuang F-16 yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9 dan AIM-120 selepas sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan terbang di ruang udara Pulau Tekong, republik itu.

Menurut portal pertahanan itu, insiden terbabit berlaku pada 9 pagi tadi dengan data daripada aplikasi penjejakan pesawat menunjukkan helikopter milik PDRM itu memasuki ruang udara Singapura pada jam 01:22 UTC.

Ia juga berkata, kedua-dua pesawat pejuang F-16 Singapura itu berlepas daripada Pangkalan Udara Tengah.

“Kedua-dua pesawat pejuang itu dilihat mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar pada ketinggian kira-kira 5,000 kaki. Mereka berlepas daripada ruang udara Pangkalan Udara Paya Lebar menuju ke arah barat sekitar jam 02:07 UTC. Kedua-dua pesawat dikerah daripada Pangkalan Udara Tengah.”

Alert 5
Kredit Alert 5

 

“The pair of fighters were observed circling over Paya Lebar airbase at a height of approximately 5,000ft. They departed from Paya Lebar airspace and flew west around 02:07 UTC. The fighters were scrambled from Tengah air base.”

Portal pertahanan itu juga berkata, Pulau Tekong merupakan lokasi latihan asas bagi anggota-anggota kerahan tenaga (National Service) yang dipanggil untuk menjalani latihan asas oleh Angkatan Tentera Singapura.

Pulau Tekong ini sememang terletak amat berhampiran, malah jika seseorang itu berada di Pengerang beliau boleh melihat dengan jelas pulau itu.

Helikopter PDRM dengan kod identifikasi, 9M-PMD sebagaimana dilaporkan oleh Alert5 itu adalah daripada jenis Leonardo AW-139.

Helikopter berkenaan daripada satu daripada enam yang digunakan oleh unit udara PDRM.

F-16
Sebuah pesawat F-16 (kredit Alert 5)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...