Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Singapura Kerah 2 Pesawat F-16 Apabila Helikopter PDRM Masuki Ruang Udaranya Pagi Tadi

Menurut portal pertahanan, Alert 5, insiden terbabit berlaku pada 9 pagi tadi dengan data daripada aplikasi penjejakan pesawat menunjukkan helikopter milik PDRM itu memasuki ruang udara Singapura pada jam 01:22 UTC.

0 15,980

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Singapura dilapor telah mengerahkan (scrambled) dua buah pesawat pejuang F-16 yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9 dan AIM-120 selepas sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan telah terbang di ruang udara Pulau Tekong, republik itu.

Menurut portal pertahanan, Alert 5, insiden terbabit berlaku pada 9 pagi tadi dengan data daripada aplikasi penjejakan pesawat menunjukkan helikopter milik PDRM itu memasuki ruang udara Singapura pada jam 01:22 UTC.

Ia juga berkata, kedua-dua pesawat pejuang F-16 Singapura itu berlepas daripada Pangkalan Udara Tengah.

“Kedua-dua pesawat pejuang itu dilihat mengelilingi Pangkalan Udara Paya Lebar pada ketinggian kira-kira 5,000 kaki. Mereka berlepas daripada ruang udara Pangkalan Udara Paya Lebar menuju ke arah barat sekitar jam 02:07 UTC. Kedua-dua pesawat dikerah daripada Pangkalan Udara Tengah.”

“The pair of fighters were observed circling over Paya Lebar airbase at a height of approximately 5,000ft. They departed from Paya Lebar airspace and flew west around 02:07 UTC. The fighters were scrambled from Tengah air base.”

Alert 5
Kerdit Alert 5

 

Portal pertahanan itu juga berkata, Pulau Tekong merupakan lokasi latihan asas bagi anggota-anggota kerahan tenaga (National Service) yang dipanggil untuk menjalani latihan asas oleh Angkatan Tentera Singapura.

Pulau Tekong ini sememang terletak amat berhampiran, malah jika seseorang itu berada di Pengerang beliau boleh melihat dengan jelas pulau itu.

Helikopter PDRM dengan kod identifikasi, 9M-PMD sebagaimana dilaporkan oleh Alert5 itu adalah daripada jenis Leonardo AW-139.

Helikopter berkenaan daripada satu daripada enam yang digunakan oleh unit udara PDRM.

Setakat ini tiada maklumat lanjut atau pengesahan rasmi daripada pihak PDRM atau Singapura tentang dakwaan kejadian itu oleh portal pertahanan terbabit.

Kita nantikanlah kenyataan daripada PDRM, Kementerian Dalam Negeri atau Wisma Putra (sekiranya ada).

F-16
Sebuah pesawat F-16 (kredit Alert 5)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...