Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Selesai Terima Kesemua 60 Buah Kereta Kebal Utama VT-4 China

Jurucakap syarikat itu enggan memberitahu samada ia sedang menimbang peluang-peluang untuk menambah kereta kebal VT-4 oleh Tentera Darat Thailand, pada ketika spekulasi menyatakan bahawa negara Asia Tenggara itu memerlukan kira-kira 100 buah lagi kereta kebal utama untuk menggantikan kereta-kereta kebal lamanya seperti M-41dan M-60.

0 6,125

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat North Industries Group Corporation (NORINCO) daripada China mendedahkan bahawa ia telah menyelesaikan penghantaran kesemua 60 buah kereta kebal utama VT-4 kepada Tentera Darat Thailand.

Bercakap kepada media pertahanan antarabangsa baru-baru ini, jurucakap Tentera Darat Thailand berkata 12 buah kereta kebal VT-4 terakhir telah dihantar kepada Batalion Kavalri ke-6 Tentera Darat Thailand yang berpangkalan di Khon Kaen yang terletak di timur laut negara itu pada Oktober tahun lepas.

Pada September lepas pula, sebanyak empat buah kereta kebal VT-4 telah dihantar kepada Batalion Kavalri ke-21 Tentera Darat Thailand yang berpangkalan di Roi Et.

Jurucakap syarikat itu enggan memberitahu samada ia sedang menimbang peluang-peluang untuk menambah kereta kebal VT-4 oleh Tentera Darat Thailand, pada ketika spekulasi menyatakan bahawa negara Asia Tenggara itu memerlukan kira-kira 100 buah lagi kereta kebal utama untuk menggantikan kereta-kereta kebal lamanya seperti M-41dan M-60.

Menurut jurucakap syarikat China itu, ia telah menyediakan pusat penyelenggaran dan kemudahan pembaikan di Thailand tetapi tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenainya.

Sebelum ini, NORINCO telah mencadangkan untuk menubuhkan hab penyelenggaran dan pembaikan untuk kenderaan-kenderaan yang dikeluarkannya, tetapi sehingga kini tiada bukti jelas bahawa kemudahan itu telah pun dibina.  

Thailand
VT-4

 

Tentera Darat Thailand telah membeli kereta kebal utara VT-4 menerusi beberapa pesawat jelas 2016.

Dengan berat mencecah 52 tan, kereta kebal utama VT-4 yang mula diterima oleh Thailand pada 2018-2018 itu juga dilengkapi dengan meriam 125mm, enjin 1300 kuasa kuda dan armor Explosive Reactive Armour (ERA).

Penghantaran kereta kebal utama T-84 Oplot buatan Ukraine berhadapan dengan masalah, menyebabkan Thailand berpaling kepada China untuk memesan kereta kebal VT-4.

Bagaimanapun pada 2018, pihak Ukraine menyatakan ia telah berjaya menyelesaikan penghantaran kesemua kereta kebal T-84 Oplot kepada Tentera Darat Thailand.

Sehingga tahun 2022, Angkatan Tentera Thailand memiliki kira-kira 60 buah kereta kebal VT-4 bersama-sama 283 kereta kebal M60A1 dan 105 buah kereta kebal M48A5.

Selain itu angkatan tentera negara Asia Barat itu juga memiliki 49 buah kereta kebal T-84 buatan Ukraine.

Kereta kebal VT-4 atau MBT-3000 untuk pasaran eksport dilengkapi dengan meriam 125mm smoothbore dengau automatic loader boleh menempatkan kira-kira 22 buah projektil dan bahan-bahan lain.

Selain itu ia juga dilengkapkan dengan mesingan 7.62mm dan juga 12.7mm.

Selain itu, kereta kebal VT-4 juga boleh melancarkan peluru berpandu termasuk 9K119 Refleks dengan jarak bedilan sehingga 5km.

Kereta kebal itu dioperasikan oleh tiga orang krew termasuk komander, gunner dan juga pemandu. Selain itu ia juga dilengkapi dengan armor komposit dan juga Explosive Reactive Armor (ERA) bagi memberikan perlindungan tambahan kepada kereta kebal VT-4 itu, — DSA

 

Comments
Loading...