Thai Kerah dua F-16 Selepas Pesawat Pejuang Myanmar Ceroboh Ruang Udara
jurucakap tentera udara Thailand, Naib Marshal Udara Prapat Sonjaidee, dua jet pejuang F-16 negara itu telah dikerah apabila radar pertahanan udara negara itu mengesan pesawat di ruang udara Thailand berhampiran sempadan Myanmar.
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Thailand mengerahkan jet-jet pejuangnya berhampiran sempadan Myanmar dan memerintahkan atase pertahanannya di negara jirannya itu untuk mengeluarkan amaran kepada kerajaan tentera negara itu.
Perkara itu dimaklumkan tentera udara Thailand, berhubung pelanggaran ruang udara negara oleh pesawat pejuang Myanmar ketika melaksanakan operasi pertempuran berhampiran kawasan sempadan.
Menurut jurucakap tentera udara Thailand, Naib Marshal Udara Prapat Sonjaidee, dua jet pejuang F-16 negara itu telah dikerah apabila radar pertahanan udara negara itu mengesan pesawat di ruang udara Thailand berhampiran sempadan Myanmar.
“Pesawat daripada pihak tidak dikenali melanggar sempadan di daerah Phop Phra di wilayah Tak, dengan menyerang kumpulan etnik bersenjata berhampiran sempadan,” katanya.
Tentera Myanmar meningkatkan operasi menentang tentera etnik minoriti sejak rampasan kuasa tahun lalu dan berdepan tentangan dari pelbagai sudut, antaranya musuh lama dan kumpulan militan yang baru ditubuhkan serta bersekutu dengan kerajaan yang digulingkan.
Aktivis dan kumpulan bantuan mengutuk penggunaan meriam dan serangan udara oleh junta di kawasan awam.
Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), minggu ini menganggarkan hampir 760,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat konflik di seluruh Myanmar sejak rampasan kuasa.
Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store:
Seorang saksi di Thailand memberitahu Reuters sebuah jet pejuang dilihat di atas dua kampung kira-kira 5 kilometer dari sempadan, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk, dengan sebuah sekolah menghantar pelajarnya ke tempat perlindungan bom.
Tentera udara Thailand berkata, salah seorang atasenya di Yangon sudah diarahkan untuk memberi amaran kepada agensi berkaitan di Myanmar dan meminta mereka mencegah pelanggaran ruang udara negara itu pada masa depan.
Pihak berkuasa Thailand, berkata hampir 300 orang melarikan diri daripada peningkatan operasi ketenteraan di Myanmar sejak beberapa hari lalu. — DSA
Comments are closed.