Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Diraja Sulu (RSA) Rancang Serang Sabah Februari 2022?

Menurut laporan South China Morning Post yang memetik sumber, kumpulan perancang mengarahkan sekurang-kurangnya 200 orang pengintip bagi pihak Tentera Diraja Sulu untuk menyusup masuk ke beberapa kawasan di Sabah. Sumber turut tidak menolak kewujudan ejen asing yang telah bertapak di Sabah.

6,577

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Samada laporan berita oleh South China Morning Post (SCMP) itu berasas atau tidak, pihak berkuasa perlu memandang serius tentang dakwaan 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army) sedang bersiap-bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah, sebagaimana yang berlaku pada 2013.

Operasi itu dikatakan akan berlaku pada Februari tahun depan dan telah dirancang berikutan beberapa siri pertemuan rahsia antara 19 orang datuk bandar dari kawasan selatan Filipina.

“Seramai 11 datuk bandar telah bersetuju untuk merekrut sekurang-kurangnya 600 orang anggota bersenjata bagi melaksanakan misi tersebut,

“Kos peluru dan logistik yang dianggarkan sebanyak US$10 ribu telah ditanggung oleh pegawai tinggi kerajaan,” lapor akhbar yang berpengkalan di Hong Kong.

Menurut laporan yang memetik sumber, kumpulan perancang mengarahkan sekurang-kurangnya 200 orang pengintip bagi pihak RSA untuk menyusup masuk ke beberapa kawasan di Sabah.

Sumber turut tidak menolak kewujudan ejen asing yang telah bertapak di Sabah.

Sulu

“Dua bandar pesisir di Sabah, Lahad Datu dan Semporna menjadi sasaran utama oleh pihak RSA.

“Mereka rancang untuk melancarkan serangan pada sekitar Februari 2022 bagi memperingati peristiwa Lahad Datu 2013,” kata laporan itu.

Tambahnya, kesemua anggota RSF yang terlibat dalam operasi itu akan dibekalkan senjata api ketika memasuki perairan Sabah.

Sabah
Sabah terletak berhampiran dengan selatan Filipina. (kredit internet)

 

“Bekalan senjata turut ditanam di sekitar kawasan yang telah dikenalpasti untuk digunakan oleh RSA sebelum melancarkan serangan,” katanya.

Pada masa yang sama, SCMP turut memetik kenyataan Rommel Banlaoi, Pengerusi Institut Kajian Keamanan, Keganasan dan Pengganas (Philippine Institute for Peace, Violence and Terrorism Research) yang menyatakan sekurang-kurangnya 20 ke 30 orang anggota tentera Filipina turut menganggotai gerakan RSA.

sulu

Sementara itu Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata kerajaan mengambil serius laporan media antarabangsa yang mendakwa 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) bersedia dalam operasi menyerang Sabah.

“Saya pun ada terbaca tadi, apa pun perkara ini tidak dapat disahihkan berita itu, jadi saya tak dapat beri ulasan apa yang dibangkitkan.

“…tapi saya percaya di pihak kerajaan tentulah apa sahaja berita maklumat akan dipandang secara serius, tidak mahu tragedi Lahad Datu, Sabah berlaku lagi,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini

Kampung
Kampung Simunul, Semporna (gambar internet)

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments are closed.