Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Russia Dakwa Bebaskan Penduduk Islam Ditahan Di Masjid Di Ukraine

Russia mendakwa penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata dikenali sebagai Nazi Ukraine di Masjid Sultan Suleiman dengan operasi pembebasan dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

0 1,540

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Russia mendakwa bahawa anggota tenteranya telah berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, menurut jurucakap Kementerian Pertahanannya Igor Konashenkov.

Beliau mendakwa, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid yang dikenali dengan nama Masjid Sultan Suleiman.

Operasi pembebasan itu dakwanya, dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

mariupol
Tentera Russia

 

Berikutan itu, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky Sabtu lalu untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh anggota Nazi Ukraine di masjid berkenaan, mengikut laporan media Russia.

Untuk rekod, Nazi Ukraine adalah gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Russia.

Pada awal konflik antara Russia dan Ukraine, beberapa anggota tentera Batalion Azov dilihat melumur dan merendam peluru senjata api mereka dengan lemak babi untuk digunakan dalam pertempuran dengan anggota tentera Muslim Chechen yang berjuang di pihak Russia.

Mariupol
Jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konanshenkov.

 

Anggota Batalion Azov itu mendakwa sekiranya tentera Chechen itu terbunuh akibat terkena peluru diselaputi lemak babi maka mereka tidak akan memasuki syurga.

Batalion Azov ini terdiri daripada kira-kira 900 orang anggota yang memegang ideologi Neo-Nazi dan White Supremacist.

Hasil daripada operasi di masjid itu, Konashenkov mendakwa bahawa masjid itu telah dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.

Mariupol
Anggota tentera Batalion Azov, Ukraine

 

“Semua tebusan, penduduk salah sebuah Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), dibebaskan dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Beberapa hari lepas, Menteri Luar Turki Mehmet Cavusoglu berkata beliau telah meminta bantuan daripada Russia untuk mengeluarkan rakyat yang terkandas di dalam masjid di bandar pelabuhan Mariupol yang terletak di selatan Ukraine itu.

“Di dalam satu panggilan telefon dengan Sergei Lavrov (Menteri Luar Russia), saya telah meminta bantuan beliau untuk memindahkan rakyat kami yang terkandas di Mariupol,” katanya kepada pemberita di Turki sebagaimana dipetik oleh portal berita Euro News.

Mariupol
Menteri Luar Turki Mehmet Cavusoglu.

 

Cavusoglu juga berkata bahawa beliau telah berkongsi maklumat dengan Russia tentang rakyat di kawasan bandar di Mariupol di mana rakyat Turki terkandas.

Beliau berkata, sejak beberapa hari lepas pihaknya telah menghantar beberapa buah bas untuk memindahkan rakyatnya yang terkandas di bandar Mariupol tetapi mereka tidak dapat dipindahkan kerana pertempuran sengit.

Kedutaan Ukraine di Ankara berkata, terdapat 86 orang rakyat Turki berlindung di dalam masjid itu dengan 34 daripadanya adalah kanak-kanak.

Mariupol
Masjid Sultan Suleiman

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menteri Luar Turki berkata sebanyak 14, 480 rakyat Turki telah dipindahkan daripada Ukraine sejak konflik antara negara itu dengan Russia bermula.

Pada ketika ini, Russia mendakwa tenteranya telah berjaya menguasai sebahagian besar daripada bandar pelabuhan Mariupol itu selepas beberapa hari pertempuran sengit. — DSA

 

Comments
Loading...