Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

KD Jebat Dikerah Halang Cubaan 21 Bot Asing Ceroboh Perairan Negara

Kesemua 21 buah bot nelayan asing itu dikesan berada di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika barat Laut Pulau Jarak.

0 7,702

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Cubaan 21 buah bot nelayan asing hendak menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Perak lewat petang semalam berjaya dihalang oleh kapal friget Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Jebat.

Penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander (MCC) Barat telah mengatur gerak aset yang terhampir iaitu KD Jebat untuk ke lokasi pengesanan awal bot nelayan asing tersebut iaitu di sekitar perairan selatan Pulau Perak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TLDM, setiba di posisi pengesanan, KD Jebat lantas mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas 3 buah bot nelayan asing di lapangan dan kekal membayangi bot asing itu sehingga mereka keluar meninggalkan sempadan perairan negara.

Jebat
TLDM

 

Manakala baki 18 buah bot nelayan asing lagi yang dilaporkan dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara.

Terdahulu, Pesawat B200T (RMF 377) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya mengesan keberadaan 21 buah bot nelayan asing dinyatakan di dua posisi berbeza iaitu pada 36 batu nautika selatan Pulau Perak dan 40 batu nautika barat Laut Pulau Jarak.

Maklumat pengesanan lantas disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut.

Jebat
TLDM

 

Apa tindakan pihak Indonesia dalam memastikan nelayan-nelayan negara itu supaya tidak sewenang-wenangnya menceroboh perairan Malaysia?

Angkatan Tentera Malaysia amnya tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

TLDM bersama agensi penguatkuasa maritim yang lain sentiasa memperkasakan kesiagaan aset-aset OP BENTENG LAUT demi menjaga perairan dan kedaulatan negara.

KD Jebat merupakan kapal frigat peluru berpandu TLDM dan merupakan salah satu aset utama tentera laut Malaysia.

Jebat
TLDM

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Kapal friget ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders UK di Glasgow (kini BAE Systems Naval Ships) dari reka bentuk FS 2000 frigat ringan.

KD Lekiu telah dilancarkan pada Disember 1994 sementara KD Jebat dilancarkan pada Mei 1995.

KD Jebat ditauliahkan pada Mei 1999. — DSA

 

Jebat
KD Jebat
Comments
Loading...