(VIDEO) Tentera Iran Naiktaraf, Modenkan Kereta Kebal M60 Buatan Amerika Diwarisinya
(VIDEO) Untuk memastikan kereta-kereta kebal M60 yang diwarisinya daripada era sebelum 1979 itu terus berkeupayaan menangani cabaran peperangan zaman kini, Angkatan Tentera Iran telah menaiktarafnya dan melengkapkannya dengan beberapa kelengkapan moden.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Angkatan Tentera Iran dipercayai masih memiliki kira-kira 150 buah kereta kebal M60 buatan Amerika Syarikat, yang diwarisinya daripada era sebelum kebangkitan Revolusi Islam pada 1979.
Jumlah 150 buah kereta kebal M60 itu telah jauh berkurangan daripada kira-kira 460 yang dimiliknya pada era pra-Revolusi Islam 1979.
Untuk memastikan kereta-kereta kebal M60 yang diwarisinya daripada era sebelum 1979 itu terus berkeupayaan menangani cabaran peperangan zaman kini, Angkatan Tentera Iran telah menaiktarafnya dan melengkapkannya dengan kelengkapan-kelengkapan moden serta dinamakan “Soleiman-402”.
Apa yang pasti, kereta-kereta kebal M60 milik Iran yang mula dibangunkan pada akhir 1950-an itu adalah amat berbeza daripada segi rekabentuk dan juga kelengkapannya.
Menurut pemerhati, antara yang menarik perhatian adalah turret kereta kebal M60 milik Iran yang telah dinaiktaraf dan mengalami perubahan mendadak, berkemungkinan telah ditukar sepenuhnya dengan turret yang baru.
Walaupun sukar untuk mengenalpasti secara spesifik perubahan-perubahan dilakukannya, namun apabila dibandingkan dengan turret milik kereta kebal M60 yang asal, apa yang dilakukan oleh pakar-pakar Iran itu adalah amat berlainan.
Turret baru kereta kebal M60 Iran yang telah dinaiktaraf itu nampaknya telah meningkatkan kemampuan pertahanannya.
Selain itu turret kereta kebal M60 Iran yang dinaiktaraf itu turut dilengkapi dengan modul kombat moden dengan Remote Control Weapon System (RCWS) bersenjatakan mesingan yang menunjukkan ia mengikuti rekabentuk kereta kebal moden.
Selain itu, terdapat juga kemungkinan bahawa kereta kebal M60 yang telah dinaiktaraf oleh Iran itu kini memiliki meriam yang berkaliber lebih besar, berbanding meriam 105mm yang melengkapi kereta kebal M60 yang asal.
Spekulasi mengatakan bahawa Iran berkemungkinan telah melengkapkan kereta kebal M60 yang dinaiktarafnya dengan meriam berkaliber 125mm, yang merupakan kaliber meriam yang standard bagi kereta-kereta kebal buatan Russia.
Memandangkan kereta kebal M60 adalah buatan industri pertahanan Amerika Syarikat, terdapat juga kemungkinan kereta kebal M60 dinaiktaraf yang dimiliki oleh Iran itu kini dilengkapi dengan meriam berkaliber 120mm.
Bagi pemerhati, pakar-pakar Iran telah meningkatkan kuasa tembakan kereta kebal M60 yang dinaiktarafnya serta perlindungannya,dengan memastikan kereta kebal itu kini diselaputi dengan kepingan Explosive Reactive Armor (ERA) terutamanya di bahagian hull dan turret serta armor komposit SLERA sebagaimana kereta-kereta kebal moden.
Selain itu ia juga dilengkapi dengan sistem Thermal Imaging bagi memastikan ia berkemampuan membidik sasaran dengan darjah ketepatan yang amat tinggi.
Bagaimanapun bagi para pemerhati, salah satu ciri unik yang didapati mereka pada kereta kebal M60 yang dinaiktaraf oleh Iran itu adalah persamaannya dengan kereta kebal M60T Sabra milik Iran yang telah dinaiktaraf beberapa tahun dahulu dan masih berkhidmat dengan angkatan tentera Yahudi itu pada ketika ini.
Mereka berkata rekabentuk turret dan panoramic view yang dimiliki oleh kereta kebal M60 dinaiktaraf oleh Iran itu adalah sama seperti M60 dinaiktaraf oleh Iran itu.
Ia menimbulkan persoalan sama ada program permodenan dan naiktaraf kereta kebal M60 milijk Iran itu adalah satu lagi contoh “reverse engineering” daripada kereta kebal M60T Sabri milik tentera Israel? — DSA
Comments are closed.