Tentera Darat Malaysia Tonjol Kemampuan Sistem SHORAD “Starstreak”, Meriam Oerlikon 35mm
Eksesais Panah Jaguh itu telah berlangsung di Lapang Sasar Bumi ke Udara di Tanjung Logok, Johor, dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan majlis penutupnya hari ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Darat Malaysia telah mengadakan Eksesais Panah Jaguh 2024, yang merupakan latihan tembakan tahunan sistem pertahanan artilleri pertahanan udara bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan pasukan Grup Artilleri Pertahanan Udara (GAPU).
Eksesais Panah Jaguh itu telah berlangsung di Lapang Sasar Bumi ke Udara di Tanjung Logok, Johor, dengan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan telah menyempurnakan majlis penutupnya hari ini.
Tentera Darat Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Facebooknya hari ini, kenyataan Eksesais turut melibatkan kerjasama antara Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Antara sistem persenjataan yang diuji adalah meriam 35mm Oerlikon dan sistem pertahanam udara jarak dekat “Starstreak”.
Simulasi serangan udara ini merupakan tindakan bagi menghindar serangan udara musuh dan telah dipertontonkan dengan menggunakan pesawat kawalan jauh sebagai sasaran.
Sistem Starstreak ini dibangunkan oleh syarikat Thales Air Defence di kemudahan mereka yang terletak di Belfast, Ireland Utara.
Sistem pertahanan udara ini mampu membedil sasaran sejauh 7km dengan peluru berpandunya mampu meluncur pada kelajuan lebih daripada Mach 4, sekaligus menjadikan ia antara sistem peluru berpandu anti-pesawat paling laju di dunia.
Selain Malaysia, beberapa negara lain di rantau ini turut menggunakan sistem pertahanan udara jarak dekat Starstreak iaitu Indonesia dan Thailand
Malaysia menandatangani kontrak perolehan sistem pertahanan udara jarak dekat (SHORAD) “Starstreak” pada 2015.
Eksesais Panah Jaguh itu diteruskan lagi dengan serangan ke arah pesawat musuh untuk mengganggu dan menghalang kemaraan musuh menggunakan kenderaan perisai “Gempita” yang dilengkapi dengan meriam 30mm dari Rejimen Pertama Kor Armor Diraja dan kenderaan perisai ACV 300 ADNAN yang dilengkapi dengan meriam 25mm dari Batalion Ke-7 Rejimen Renjer Diraja (Mekanize).
Selain itu kenderaa G -WAGON yang dilengkapi dengan mesingan berat 12.7mm dari Batalion Ke-6 Rejimen Renjer Diraja serta tim sniper yang menggunakan senjata BARRET 12.7mm dari Unit Skuadron Zulu, Rejimen 21 Komando dan Kompeni Pandura (Para).
Turut hadir menyaksikan latihan itu adalah Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima Medan Barat Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi Sabri.
Selain itu turut hadir adalah, Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Ketua Staf Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan Atan serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat Malaysia. — DSA
Comments are closed.