Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Jerman Buat “Sekatan Teknikal” Pada Peluru Berpandu “Taurus”, Jika Dibekal Pada Ukraine

"Sekatan teknikal" itu akan memastikan pihak Ukraine tidak menggunakan senjata-senjata buatan Jerman seperti peluru berpandu kruis jarak jauh  "Taurus" itu untuk menyerang tanah berdaulat Russia, yang berpotensi mengheret Jerman kepada konfrontasi terbuka dan direct dengan Russia.

0 2,757

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Jerman sedang “ditekan” dengan hebat oleh Ukraine dan sekutu-sekutu rapatnya supaya bersetuju terhadap permintaan Kiev agar mereka dibekalkan dengan peluru berpandu kruis jarak jauh “Taurus” untuk digunakan terhadap kedudukan dan aset-aset strategik Russia.

Peluru berpandu kruis “Taurus” yang dibangunkan oleh syarikat Jerman, MBDA dan Saab daripada Sweden itu berkemampuan membedil sasaran dengan tepat sejauh 500km hingga 600km.

Kehadiran peluru berpandu “Taurus” itu amat dituntut oleh Ukraine pada ketika ini bagi “menyelamatkan” operasi serangan balas musim bunga tenteranya pada ketika ini di selatan negara itu yang tidak menunjukkan kejayaan yang besar setakat ini.

Taurus

Banyak pihak,  sama ada di Barat mahupun pihak Russia sendiri menyatakan bahawa serangan balas oleh pihak Ukraine terhadap kedudukan tentera Russia pada ketika ini belum menunjukkan sebarang perkembangan yang positif akibat pertahanan kukuh Moscow.

Pemimpin-pemimpin utama parti Social Democratic Party (SPD) yang memerintah Jerman pada ketika ini mahukan peluru berpandu kruis “Taurus” itu dibekalkan dengan segera kepada Ukraine berikutan kesukaran dihadapi anggota tenteranya dalam menembusi barisan pertahanan Russia pada ketika ini.

“Serangan balas (oleh pihak Ukraine) sedang berhadapan masalah pada ketika ini. Ukraine tidak mempunyai kekuatan udara untuk menyokong serangan balas oleh tenteranya,” menurut anggota parlimen SPD, Andreas Schawrz kepada akhbar Der Spiegel.

“Peluru berpandu “Taurus” itu boleh membantu tentera Ukraine menangani rintangan lapangan periuk api  ditabur oleh tentera Russia yang menyukarkan kemaraan tentera Kiev,” kata beliau.

Jurucakap dasar luar SPD di Parlimen Jerman Nils Schmid juga menyokong langkah membekalkan “Taurus” kepada Ukraine.

Taurus

storm shadow
“Storm Shadow”

 

Bagaimanapun, terdapat dikalangan anggota parti-parti politik di Jerman mahukan “sekatan teknikal” daripada segi perisiannya dikenakan terhadap peluru berpandu kruis “Taurus” itu, bagi memastikan peluru berpandu itu tidak digunakan untuk membedil mana-mana kawasan yang diperakui sebagai milik Russia dibawah undang-undang antarabangsa.

“Sekatan teknikal” itu akan memastikan pihak Ukraine tidak menggunakan senjata-senjata buatan Jerman seperti peluru berpandu kruis jarak jauh  “Taurus” itu untuk menyerang tanah berdaulat Russia, yang berpotensi mengheret Jerman kepada konfrontasi terbuka dan direct dengan Russia.

Penggunaan “Taurus” terhadap wilayah berdaulat Russia itu adalah antara kebimbangan yang disuarakan oleh anggota politik Jerman, sebagaimana kekhuatiran disuarakan oleh mereka apabila Berlin membenarkan penghantaran kereta-kereta kebal “Leopard” kepada tentera Ukraine.

Jika Jerman memutuskan untuk membekalkan “Taurus” kepada Ukraine, ia akan menyertai dua lagi peluru berpandu kruis jarak jauh yang sudah pun dibekalkan kepada negara Eropah Timur pada ketika ini, iaitu “Storm Shadow” (Britain) dan “Scalp” (Perancis).

Taurus
Anggota Tentera Udara Korea Selatan memeriksa peluru berpandu “Taurus KEPD” pada pesawat F-15K.

 

Bagaimanapun, “permintaan” Ukraine supaya ia dibekalkan dengan peluru berpandu “Taurus” mendapat tentangan daripada kerajaan Jerman yang menyatakan bahawa ia bukanlah suatu keperluan yang penting buat masa ini.

Menteri Pertahanan Jerman Boris Pistorius dilaporkan berkata bahawa membekalkan peluru berpandu kruis kepada Jerman pada masa ini bukanlah sesuatu “keutamaan yang penting pada masa ini.” — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...