Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Tarantula” Semakin Hampir, Jika Benar, Bagus Untuk Industri Tempatan

Admin dimaklumkan bahawa perolehan kenderaan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) itu membabitkan kenderaan perisai 4x4 “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

0 7,196

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di antara perolehan bernilai RM8 bilion yang akan dilakukan oleh Kementerian Pertahanan tahun ini sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hassan dalam majlis amanatnya semalam termasuklah melibatkan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV).

Perolehan kenderaan-kenderaan HMAV itu berkait-rapat dengan pengumuman oleh bekas Menteri Pertahanan Oktober tahun lepas di mana beliau menyatakan bahawa kementerian akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4×4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.

Bagaimanapun, seperti biasa tiada perincian mengenai jenis kenderaan perisai yang bakal diperolehi oleh Kementerian Pertahanan.

Apapun perolehan HMAV yang diumumkan oleh Tok Mat semalam itu berkait rapat dengan program penggantian kenderaan perisai Condor.

Walaupun tiada perincian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan,mungkin kerana perundingan masih lagi berjalan, tetapi Defence Security Asia dimaklumkan bahawa perolehan itu membabitkan produk tempatan.

Tarantula

Admin dimaklumkan bahawa perolehan HMAV itu membabitkan “Tarantula” yang dibangunkan oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Sumber-sumber industri juga mengesahkan bahawa setakat ini “Tarantula” menjadi pilihan bagi Tentera Darat bagi perolehan kenderaan HMAV untuk menggantikan kenderaan perisai “Condor” yang ditamatkan perkhidmatannya secara rasmi.

Kemungknan perolehan 136 kenderaan HMAV (mungkin first batch) sememangnya “shot in the arm” untuk industri tempatan.

Sumber memberitahu sebelum ini,  bahawa perolehan 136 kenderaan 4×4 HMAV untuk Tentera Darat itu adalah untuk melengkapkan dua rejimen, 3 Armor dan 4 Armor.

Tarantula

Kesemua 136 kenderaan 4×4 itu terdiri daripada di antara di antara tiga hingga empat variant seperti Armoured Personnel Carrier (APC), Armoured Combat Vehicle (ACV), Armoured Recovery Vehicle (ARV) dan ambulan, menurut sumber itu.

 Mengenai weapon platform “Tarantula” itu, ia bergantung kepada variannya serta kehendak pelanggan.

Kenderaan perisai HMAV “Tarantula”  oleh MILDEF itu boleh dilengkapi dengan Remote Control Weapon System (RCWS) 12.7mm, Anti-Tank Guided Weapon (ATGW), Multiple Grenade Launcher (MGL) dan lain-lain sebagaimana dikehendaki oleh pelanggan.

“Tarantula” dibina berlandaskan pelantar modular dengan rangkaian spesifikasi daripada yang asas sehingga yang paling canggih untuk memudahkan sebarang pengubahsuaian dan memenuhi spesifikasi mana-mana negara yang ingin menggunakan aplikasi tersebut.

Tarantula
Tarantula dengan Pendekar.

 

Kenderaan perisai itu dilengkapi dengan perlindungan perisai bawahan Stanag 4569 Level 2B dan perlindungan perisai badan Stanag 4569 Level 2 untuk melindungi krew di dalam kenderaan tersebut.

Nisbah kuasa dan berat untuk MILDEF HMAV4x4 adalah 24 kuasa kuda/tan. Ia memberikan pelepasan ruang bawah yang luas untuk kenderaan ini agar dapat melepasi pelbagai halangan dengan mudah.

Kereta perisai HMAV “Tarantula” itu telah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai tentera darat dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) .

Nisbah kuasa dan berat untuk “Tarantula” 4×4 adalah 24 kuasa kuda/tan.

Ia memberikan pelepasan ruang bawah yang luas untuk kenderaan ini agar dapat melepasi pelbagai halangan dengan mudah.

Sistem suspensi bebas dengan penggunaan spring gegelung memberi keselesaan yang lebih di dalam kabin justeru melancarkan mobiliti kenderaan ini.

MILDEF
Kenderaan HMAV4x4 keluaran syarikat MILDEF International Technologies.

 

Dalam kejadian yang sukar seperti seperti kebocoran tayar, Sistem Inflasi Tayar Berpusat atau Central Tire Inflation System (CTIS), yang boleh diakses daripada panel dashboard membenarkan pengisian angin ke dalam tayar dan membantu pengeluaran udara dari dalam tayar untuk membolehkan kenderaan ini kembali bergerak.

Pintu belakang “Tarantula” pula dilengkapi sistem hidraulik yang menjadikan kenderaan 4×4 ini unik dan versatil serta sesuai digunakan di dalam misi ketenteraan dan bersiap sedia untuk diatur gerak dalam mana-mana misi pengaman seperti misi PBB. Pintu tanjakan di belakang kenderaan ini memudahkan pergerakan kru keluar dan masuk serta mengikut spesifikasi dan mudah untuk diatur gerak dalam pelbagai situasi dan operasi. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

Comments
Loading...