Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Syarikat Amerika Tawar Pesawat “SM-31T Stilleto” Untuk Program FLIT/LCA TUDM

Syarikat Stavatti Aeropace Ltd yang berpengkalan di New York,Amerika Syarikat turut mengintai peluang untuk membekalkan pesawat FLIT/LCA dibangunkan mereka kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

0 20,585

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada 22 Sept lepas, sebuah syarikat pembuat pesawat berpengkalan di New York, Amerika Syarikat telah secara rasmi menawarkan pesawat mereka, “Stiletto” untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pertahanan bagi program perolehan 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Syarikat tersebut, Stavatti Aerospace Ltd telah menawarkan pesawat latihan generasi kelima dibangunkan mereka, “SM-31T Stiletto” sebagai calon pesawat FLIT/LCA TUDM.

Menurut laman web “Blog Before Flight”, cadangan daripada syarikat terbabit telah diserahkan kepada pegawai perolehan program FLIT Kementerian Pertahanan serta seseorang yang didakwa sebagai timbalan atase pertahanan kedutaan Malaysia.

Cadangan syarikat Stavatti Aerospace itu termasuklah 18 buah pesawat SM-31T Stiletto dan penyelesaian latihan yang menyeluruh termasuk Ground Based Training Systems (GBTS), alat ganti, ground support serta sokongan lojistik.

Syarikat itu sebagaimana dipetik oleh laman web aeroangkasa dan pertahanan itu telah mencadangkan agar pesawat SM-31T Stiletto itu mula diserahkan kepada Malaysia pada 2025, dengan penghantaran kesemua 18 buah pesawat itu selesai sebelum berakhirnya tahun 2026, sekiranya cadangan itu diterima kerajaan Malaysia.

Stiletto
SM-31T Stiletto

 

Pesawat SM-31T Stiletto itu masih lagi berada di fasa pembangunan oleh syarikat Stavatti Aerospace untuk memenuhi keperluan masa depan Tentera Udara Amerika Syarikat, NATO dan angkatan-angkatan tentera negara sahabat.

Pesawat satu enjin itu dengan ciri-ciri yang sukar dikesan oleh radar, pesawat SM-31T Stiletto itu dibangunkan sebagai pesawat latihan supersonik dan pesawat pejuang ringan satu tempat duduk dengan internal weapon bays.

SM-31T Stiletto ini menggunakan enjin Honeywell/ITEC F125X atau F125XX dengan afterburning turbofan dan Kawalan Penerbangan Power-By-Wire (PBW),  kerusi injal MK18 manakala pembuatan pesawat itu pula menggunakan aluminum lithium honeycomb sandwich.

Pesawat juga akan dilengkapi dengan kokpit gelas touch screen keseluruhannya.

Stiletto
SM-31T Stiletto

Memiliki ciri-ciri halimunan, pesawat SM-31T Stiletto dilengkapi dengan kemampuan menyimpan senjata/bom dalam badan pesawat (internal bays) serta 2D thrust vectoring.

Mengenai harganya pula, pesawat buatan syarikat berpengkalan di AmerikaSyarikat itu ditawarkan pada harga $18 juta (RM72 juta) sebuah dengan dengan penghantaran pesawat bermula pada tahun 2024 hingga tahun 2026, itu pun sekiranya Malaysia memilih pesawat itu sebagai pesawat FLIT/LCA.

Menurut laporan laman web itu lagi, cadangan daripada Stavatti Aerospace itu turut termasuk tawaran kemudahan pembinaan pesawat di Subang Aerotech Park atau di KLIA Aeropolis.

Cadangan kemudahan pembinaan pesawat seluas di antara 500,000 hingga 1,000,000 kaki persegi bakal mewujudkan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan dalam pembinaan pesawat di di Malaysia.

Stiletto
SM-31T Stiletto

 

Klik Untuk Download dan Install Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.defencesecurityasia.dsanews

Google Play

Comments
Loading...