Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Peroleh Kemenangan Menentang Waris Sultan Sulu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perintah penahanan yang diketepikan itu dipohon berasaskan dua penganugerahan timbang tara (purported arbitral awards)yang dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah iaitu Dr Gonzalo Stampa.

0 2,891

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa diri mereka sebagai waris Sultan Sulu apabila Mahkamah di Luxembourg mengetepikan perintah penahanan (attachment order) yang dipohon oleh waris terbabit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perintah penahanan yang diketepikan itu dipohon berasaskan dua penganugerahan timbang tara (purported arbitral awards) yang dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah iaitu Dr Gonzalo Stampa.

Ketika itu Dr Stampa menganugerahkan kepada waris Sultan Sulu sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion).

Sulu
Azalina Othman Said

 

Malaysia menurut Azalina telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang sudah dirancang oleh penuntut dan mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr Stampa serta ‘anugerah’ yang diberikan.

“Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr Stampa telah membatalkan pelantikan itu secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkannya di Madrid.

“Mahkamah Perancis juga menggantung penguatkuasaan ‘final award’ yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr Stampa di Perancis, sementara menunggu keputusan Mahkamah bagi permohonan Malaysia untuk mengetepikan perkara itu.

“Malaysia kemudiannya dengan serta merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan ‘relif interim’ supaya perintah penahanan itu diketepikan.

“Pendengaran bagi permohonan itu sudah berlangsung pada 5 Disember 2022 di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang kemudiannya memutuskan mengetepikan perintah penahanan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sulu
Gonzalo Stampa

 

Azalina berkata, keputusan Mahkamah Luxembourg itu menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan terhadap Malaysia,” katanya.

Pada Mac tahun, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain dan mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.

Selepas itu, pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Petronas

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Final Award Mahkamah Arbitrasi Paris pada 28 Februari 2022, yang dibuat oleh penimbang tara Dr Stampa menganugerahkan pihak menuntut Sulu itu sejumlah AS$14.92 bilion.

Jemaah Menteri pada 14 Julai lalu kemudiannya bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia. — DSA

apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...