Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sultan Selangor Zahir Kebimbangan Tentang Kapal TLDM “Telah Berusia”

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang usang telah mendapat tempat di media tempatan. Pada April tahun lepas, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany sendiri menyatakan bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya pada ketika ini beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

0 1,301

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aset keselamatan negara, khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang lama dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah, semasa pertemuan itu, pertukaran aset yang berusia itu perlu dilakukan, demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

“Semasa pertemuan ini, Baginda selaku Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), menzahirkan kebimbangan terhadap aset-aset keselamatan khususnya kapal-kapal TLDM yang telah berusia dan perlu ditukar, demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga,” menurut hantaran baginda dalam akaun Facebook itu.

Khamis lalu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di sini.

TLDM
Antara kapal serang laju TLDM yang telah berusia.

 

Beliau dilantik sebagai panglima tentera laut pada November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenal Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18. 

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, isu mengenai aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang usang telah mendapat tempat di dada-dada akhbar serta media-media online tempatan.

Pada April tahun lepas, Mohd Reza sendiri menyatakan bahawa kira-kira 61 peratus atau lebih daripada separuh aset-aset yang dimilikinya pada ketika ini beroperasi melebihi had umur asal rekabentuknya dan telah usang.

Borneo War
TLDM

 

Panglima Armada Barat TLDM Laksamana Madya Datuk Abu Bakar Md Alis dilaporkan berkata bahawa 75 peratus daripada 44 buah kapal yang dimiliki oleh TLDM pada ketika ini dikategorikan sebagai sudah “berusia” dengan ada di antaranya telah berkhidmat selama diantara 40 hingga 50 tahun.

TLDM amat memerlukan kapal-kapal yang baru untuk menggantikan kapal-kapal yang telah berusia itu.

“Sebagai contoh, kapal peronda laju (Fast Attack Craft) yang beroperasi di Pangkalan TLDM Kuantan, semuanya sudah mencecah usia 50 tahun. Dalam erti kata (kapal-kapal) TLDM sudah lebih usianya,” katanya sebagaimana dipetik oleh media tempatan.

Sultan Selangor
(kredit Selangor Royal Office)

 

Sementara itu, Panglima Markas Pemerintahan Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali pula berkata TLDM diperakui kekurangan kemampuan, kekuatan dan aset-aset untuk menangani konflik maritim.

Ini disebabkan ada di antara kapal-kapalnya “sudah berusia” 40 tahun dan sudah di dalam keadaan yang usang.

Terdapat di antara aset-aset TLDM sudah terlalu berusia untuk berfungsi, katanya sambil menambah,  Aset-aset milik TLDM jauh ketinggalan berbanding tentera-tentera laut negara jiran seperti Singapura — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

Comments
Loading...