Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Su-57 “Felon” Russia Pentingkan Kuasa Tembakan Berbanding Halimunan

Walaupun sering diperkatakan kemampuan halimunannya adalah tidak mampu menandingi pesawat generasi kelima Barat,namun ia “diganti” dengan kemampuan kuasa tembakan pesawat Su-57 "Felon"  yang lebih berkuasa dan pelbagai berbanding pesaing-pesaing Baratnya.

0 1,181

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat generasi kelima Russia, Su-57 “Felon” Russia hanya secara rasmi memasuki perkhidmatan Tentera Udara Russia pada tahun 2020 dan dikatakan berlainan daripada segi rekabentuknya dengan mementingkan kuasa tembakan (firepower) berbanding tahap halimunannya.

Rekabentuk Su-57 yang mementingkan kuasa tembakan adalah berlainan berbanding pesawat generasi kelima lain yang terpaksa “mengurangkan” kuasa tembakan bagi memelihara tahap halimunan (stealth) mereka.

Untuk memelihara tahap halimunannya dan Radar Cross Section (RCS), pesawat-pesawat generasi kelima Barat meletakkan senjatanya di dalam internal weapon bays yang mempunyai ruangan terhad, sekaligus mengurangkan kuasa tembakannya.

Walaupun sering diperkatakan kemampuan halimunannya adalah tidak mampu menandingi pesawat generasi kelima Barat,namun ia “diganti” dengan kemampuan kuasa tembakan pesawat Su-57 “Felon”  yang lebih berkuasa dan pelbagai berbanding pesaing-pesaing Baratnya.

Pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat dan China, F-22 “Raptor” dan J-20 “Mighty Dragon” hanya berkemampuan membawa enam peluru berpandu udara-ke-udara iaitu AIM-120C/D dan PL-15.

Su-57
Su-57

Su-57

Bagi pesawat generasi kelima satu enjin, F-35 yang lebih ringan pula, pesawat itu hanya berkemampuan membawa empat peluru berpandu udara-ke-udara, walaupun, terdapat usaha untuk meningkatkan jumlah itu.

Bagaimanapun bagi Su-57, pesawat pejuang generasi kelima Russia itu berkemampuan menempatkan lapan peluru berpandu udara-ke-udara termasuk enam peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh, R-37M dan dua peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat.

Pada ketika ini, peluru berpandu udara-ke-udara utama bagi pesawat Su-57 Russia adalah R-77M dan R-37M.

Dengan kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 400km, peluru berpandu udara-ke-udara R-37M itu mengatasi keupayaan yang dimiliki oleh peluru-peluru berpandu udara-ke-udara yang dibawa oleh F-22, F-35 Amerika Syarikat dan J-20 China.

Peluru berpandu udara-ke-udara R-37 bukan sahaja boleh membedil sasaran jauh, tetapi kelajuannya adalah lebih tinggi pada Mach 6 manakala peledaknya juga adalah lebih besar iaitu 61kg untuk kuasa kemusnahan yang lebih tinggi.

Su-57
Peluru berpandu udara-ke-udara “R-37M”

 

Pesawat pejuang altitud tinggi Su-31 juga dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara R-37.

Dengan jarak operasi peluru berpandu udara-ke-udara yang amat jauh, pesawat pejuang halimunan generasi kelima Su-57 itu mampu membedil sasaran daripada jarak yang amat ekstrik iaitu 400km, mengancam pelbagai pesawat musuh daripada pesawat pejuang, pengebom, pesawat amaran awal dan sasaran lain.

Bagi memusnahkan sasaran-sasaran di darat pula, peluru berpandu udara-ke-darat utama dibawa oleh pesawat Su-57 Russia adalah KH-59Mk2 yang boleh memusnahkan kubu-kubu tentera diperkukuhkan daripada jarak sehingga 300km.

Peluru berpandu KH-59Mk2 itu dilengkapkan dengan kepala peledak penetrator seberat 320kg, malah usaha sedang dijalankan oleh pihak Russia untuk melengkapkannya dengan kepala peledak yang lebih berkuasa dan mampu membedil kawasan yang lebih luas.

Disebabkan kelajuan yang subsonic, peluru berpandu udara-ke-darat KH-59Mk2 mampu menjelajah lebih jauh walaupun saiznya yang lebih kecil.

Su-57
Peluru berpandu udara-ke-udara “R-77”
Su-57
“KH-59Mk2”

 

Pihak tentera udara Russia menggunakan peluru berpandu udara-ke-darat KH-59Mk2 telah pun menguji penggunaan peluru berpandu itu di medan-medan peperangan seperti Ukraine dan Syria.

Selain itu, pesawat pejuang Su-57 juga dilengkapi dengan peluru berpandu anti-radiasi Kh-58UShKE untuk memusnahkan pusat-pusat komunikasi dan radar musuh serta sistem pertahanan udara mereka.

Pesawat-pesawat generasi kelima Russia itu akan dilengkapkan dengan peluru berpandu kruis bersaiz kecil,  KH-38ME (jarak 400km) dan juga peluru berpandu hypersonik Kh-47M2 “Kinzhal” yang mampu membedil sasaran sejauh 2,000km. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...