Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Stesen TV Russia Dedah “Helmet Mounted Targeting System” Untuk Juruterbang Gen-5 Su-57

Sistem Helmet Mounted Targeting System untuk juruterbang Su-57 itu dijangka akan merapatkan lagi jurang teknologi di antara pesawat pejuang generasi kelima Russia itu dengan pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan F-22 serta China J-20 “Mighty Dragon.”

0 134
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Stesen televisyen negara Russia telah mendedahkan sistem “Helmet Mounted Targeting System” yang baru dibangunkan khusus untuk juruterbang pesawat pejuang generasi kelima negara itu Su-57 “Felon”.
Sistem Helmet Mounted Targeting System untuk juruterbang Su-57 itu dijangka akan merapatkan lagi jurang teknologi di antara pesawat pejuang generasi kelima Russia itu dengan pesawat-pesawat generasi kelima Amerika Syarikat, F-35 dan F-22 serta China J-20 “Mighty Dragon.”
China juga baru sahaja memperkenalkan pesawat pejuang generasi kelimanya yang kedua, J-35.
Sebagaimana Helmet Mounted Targeting System yang dipakai oleh juruterbang F-35, F-22 dan J-20, sistem  topi keledar canggih buatan Russia itu direka untuk meningkatkan keupayaan juruterbang dengan memaparkan maklumat penting secara langsung pada visor, sambil menangani pelbagai isu berkaitan penerbangan dan sasaran.
Menurut pemerhati, Helmet Mounted Targeting System yang bakal dipakai oleh juruterbang Su-57 adalah suatu “lompatan tinggi” daripada apa yang digunakan oleh juruterbang pesawat pejuang Russia selama ini.
Helmet Mounted Targeting System juruterbang Su-57 itu menyediakan data-data penting bagi  penerbangan terbabit,  membolehkan juruterbang menyasarkan senjatanya, mengekalkan spatial orientation yang tinggi dan memantau maklumat-maklumat kritikal berkenaan misi yang sedang dilaksanakannya dengan lebih lancar dan bersepadu.
Su-57
Helmet Mounted Targeting System bagi pesawat Su-57 sebagaimana didedahkan oleh stesen TV Russia.
Dengan Helmet Mounted Targeting System yang memaparkan pelbagai data dan maklumat penting, ia akan memberikan kelebihan kepada pesawat pejuang Su-57 dalam melaksanakan misinya termasuk ketika bertempur di ruang udara (dogfights).
Pemerhati menyatakan bahawa antara “kekurangan” pada sistem pesawat Su-57 adalah ia tidak digandingkan dengan sistem dipanggil “distributed aperture” sebagaimana pesawt-pesawat F-35 dan J-20 serta J-35.
“Distributed Aperture” itu membolehkan juruterbang pesawat pejuang terbabit menggunakan helmet mereka untuk digandingkan dengan optical sensors dan pada masa yang sama memberikan amaran tentang ancaman-ancaman berpotensi.
Pesawat pejuang Su-57 dilaporkan menangani “kekurangan” itu dengan lima atau enam radar AESA (Active Electronically Scanned Array) yang dipasang di beberapa bahagian pesawat pejuang berbanding hanya sebuah radar bagi pesawat generasi kelima yang lain.
Su-57
Helmet Mounted Targeting System bagi pesawat Su-57 sebagaimana didedahkan oleh stesen TV Russia.
Industri aeroangkasa dan kerajaan Russia telah melabur secara besar-besaran dalam usaha menaik taraf pesawat Su-57 secara berperingkat, dengan pelancaran Helmet Mounted Targeting System untuk pesawat tersebut berlaku kurang daripada 48 jam selepas rakaman pertama tentang Engine Nozzle bagi mengurangkan lagi jejak radar pesawat pejuang itu didedahkan.
Terdapat juga kemungkinan bahawa keputusan untuk memperkenalkan Helmet Mounted Targeting System itu dipengaruhi oleh pengalaman mengoperasikan pesawat pejuang Su-57 di medan peperangan Ukraine, di mana pesawat ini telah menjalani ujian tempur yang jauh lebih intensif berbanding mana-mana pesawat generasi seangkatannya.
Operasi tersebut merangkumi menangani usaha memusnahkan sistem pertahanan udara musuh, pertempuran udara ke udara, operasi di ruang udara musuh yang dilindungi dengan ketat, serta pelbagai misi serangan tepat.
Kemungkinan lain yang signifikan ialah latihan bersama dengan pesawat pejuang China, termasuk pesawat generasi kelima J-20, yang mungkin telah mendorong Tentera Udara Rusia untuk menyedari kepentingan sistem topi keledar canggih bagi operasi pesawat pejuang pada era 2020-an. — DSA

Leave A Reply

Your email address will not be published.