Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Speaker Parlimen Singapura Turut Beri Perhatian Pada Ucapan Panglima 10 Briged Para

Tan Chuan-Jin merupakan speaker parlimen Singapura yang ke-10 dan memegang pangkat Brig Jen di dalam Angkatan Tentera negara itu ketika beliau berkhidmat pada 1987-2011 sebelum memasuki perkhidmatan awam.

3,692

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Nampaknya, video Panglima 10 Briged Para yang dianggap sebagai kontroversi oleh netizen Singapura bukan sahaja “di ambil tahu” oleh Menteri Dalam Negeri Dan Undang-Undang republik itu tetapi juga oleh Speaker Parlimen negara pulau itu.

Tan Chuan-Jin merupakan speaker parlimen Singapura yang ke-10 dan memegang pangkat Brig Jen di dalam Angkatan Tentera negara itu ketika beliau berkhidmat dengan SAF pada 1987-2011 sebelum memasuki perkhidmatan awam.

Di dalam akaun Facebook beliau, Tan berkata amat “tertarik” dengan masa (timing), konteks, setting dan bahasa yang digunakan oleh Panglima 10 Briged Para Brig Jen Khairul Azmizal Mohd Natal ketika taklimat (CONOP) Eksesais (Eks) Para Predator Siri 1/21 kepada semua Pegawai Memerintah/Pemerintah serta pegawai dan anggota yang akan terlibat dengan Eksesais tersebut.

Taklimat oleh panglima 10 Bgd itu berlaku pada bulan Ogos, ketika Singapura menyambut Hari Kebangsaannya.

Eks tersebut dijangka dilaksanakan bermula pada minggu terakhir bulan Ogos 2021 sehingga minggu pertama September 2021.

 

Tan Chuan Jin
Coretan Speaker Parlimen Singapura, Tan Chuan-Jin dalam akaun Facebooknya.

 

Tan Chuan-Jin
Speaker Parlimen Singapura Tan Chuan-Jin

 

Objektif utama eks adalah untuk menilai kompetensi bagi setiap Leading Parachute Battle Group (LPBG) dalam aturgerak Operasi Pasukan Atur Cepat (PAC) dan menguji kepimpinan pemerintah di setiap lapisan dalam aspek kemampuan Memimpin, Memerintah, Melatih dan Mengurus (Lead, Comd, Train and Manage).

Namun apa yang penting dalam coretan di dalam akaun Facebook-nya adalah, Tan berkata ucapan/taklimat oleh Khairul Azmizal itu mengingatkannya kepada satu lagi latihan payung terjun yang berlaku tidak lama dahulu.

“Ah yes, Malindo Darsasa on August 9th, 1991. Joint airborne drop by Indonesian and Malaysian troops not too far away. (Oh ya, Malindo Darsasa pada 9 Ogos, 1991. Penerjunan anggota para Indonesia dan Malaysia tidak berada jauh),” kata speaker parlimen Singapura itu.

Tan berkata, kod spesifik untuk latihan penerjunan anggota para kedua-dua negara itu adalah “Pukul Habis” atau “Total Wipeout.”

10 Bgd Para
Anggota 10 Bgd Para selepas melakukan penerjunan. (Buletin Briged Para)

 

Pada akhir coretannya itu, beliau turut menulis, “Always ready and vigilant. Hormat Singapore Armed Forces. And once again, Majulah Singapura everyone.”

Jelas, sebab utama mengapa netizen dan beberapa ahli politik Singapura begitu “mengambil berat” dengan video oleh Panglima 10 Briged Para itu adalah kerana ia mengingatkan mereka tentang apa yang berlaku pada 1991 iaitu latihan Malindo Darsasa antara Malaysia dan Indonesia.

Singapura menganggap penerjunan anggota para kedua-dua negara jirannya dalam latihan itu terlalu hampir dengannya (18km sebenarnya), sehinggakan ia dianggap mengancam keselamatannya.

Laporan-laporan daripada republik itu mengatakan, sebagai reaksi balas terhadap latihan Malindo Darsasa itu, Singapura telah mengeluarkan Open Mobilisation puluhan battalion anggota National Service-nya serta Silent Mobilisation bagi unit-unit yang lebih sensitive.

Lee Kuan Yew

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.