Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Didakwa “Terbunuh” Oleh Ukraine, Komander Laut Hitam Russia Buat Kemunculan

Hanya pada Isnin lepas, pasukan khas Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa Komander Armada Laut Hitam Russia Viktor Sokolov itu bersama-sama 33 pegawai tentera Russia telah “terbunuh” dalam serangan peluru berpandu Ukraine terhadap Armada Laut Hitam di pelabuhan Sevastopol di Crimea yang ditawan oleh Russia pada 2014.

0 3,164

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Komander Armada Laut Hitam Russia Viktor Sokolov membuat “kemunculan” dalam stesen televisyen kerajaan negara itu menghadiri mesyuarat bersama Menteri Pertahanan, beberapa hari selepas Ukraine mengisytiharkan kejayaan “membunuhnya.”

Dalam video dan gambar yang disiarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia, Sokolov kelihatan turut bersama-sama dalam mesyuarat dengan Menteri Pertahanan negara itu, Sergei Shoigu dan panglima tentera darat yang lain.

Bagaimanapun tidak pasti sama ada video itu telah dirakam atau tarikh mesyuarat itu diadakan.

Hanya pada Isnin lepas, pasukan khas Ukraine mengeluarkan kenyataan bahawa Komander Armada Laut Hitam Russia itu bersama-sama 33 pegawai tentera Russia telah “terbunuh” dalam serangan peluru berpandu Ukraine terhadap Armada Laut Hitam di pelabuhan Sevastopol di Crimea yang ditawan oleh Russia pada 2014.

Kenyataan oleh pasukan khas Ukraine tentang kenyataan “membunuh” Sokolov itu telah disambut oleh penyokong-penyokong negara itu sebagai satu lagi contoh kejayaan serangan balas negara itu terhadap Russia.Sokolov

Selama beberapa hari, media-media Barat memainkan kejayaan “membunuh” Komander Armada Laut Hitam Russia itu sebagai berita utama mereka.

Dalam respons serta-merta, pasukan khas Ukraine telah mengeluarkan kenyataan menerusi telegram bahawa ia sedang mendapatkan “maklumat terkini” selepas Russia mengeluarkan gambar dan video yang menunjukkan Sokolov itu masih hidup.

Menteri Pertahanan Ukraine Rustem Umarov dalam temuramah dengan CNN juga telah “mengubah” kenyataannya dengan enggan mengesahkan sama ada Sokolov itu masih hidup atau telah mati.

“Beliau (Sokolov) berada di wilayah kami yang telah ditawan, beliau tidak sepatutnya berada di situ. Sekiranya beliau telah mati, ia adalah sesuatu yang baik kerana kita berterusan membebaskan wilayah (yang ditawan),” katanya.

Dalam video itu, Menteri Pertahanan Russia itu mendakwa bahawa lebih daripada 17,000 anggota tentera Ukraine terbunuh sepanjang bulan September dan kemusnahan sebanyak 2,700 aset ketenteraan negara itu.

Sokolov
Pihak Ukraine mendakwa Sokolov “terbunuh” dalam serangan peluru berpandu terhadap Armada Laut Hitam Russia di pelabuhan Sevastopol di Crimea beberapa hari lalu.

 

Beliau juga berkata bahawa serangan balas yang dilancarkan oleh Ukraine sejak tiga bulan lepas tidak membawa sebarang hasil.

Serangan balas oleh Ukraine sehingga kini gagal merampas wilayah yang diduduki oleh tentera Russia, yang menguasai 17.5 peratus daripada Ukraine.

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Belfer Center di Kennedy School, Universiti Harvard pada September lalu, sejak bulan lepas tentera Russia telah berjaya menawan sebanyak 35km persegi lagi wilayah Ukraine yang didudukinya.

Manakala bagi tentera Ukraine, ia hanya berjaya merampas semula 16km persegi wilayahnya daripada tentera Russia.  — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...