Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pesawat Pejuang J-10 “Vigorous Dragon”, Hasil Kerjasama China-Israel?

Kerjasama dijalin oleh Israel Aerospace Industries (IAI) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC) dikatakan berlaku pada peringkat permulaan program sehingga menyaksikan pihak China berjaya membangunkan pesawat prototaip J-10 "Vigorous Dragon."

0 4,998

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pelancaran pesawat pejuang J-10 “Vigorous Dragon” oleh China pada 1998 dianggap sebagai suatu detik yang bersejarah kerana ia adalah program pembangunan pesawat pejuang yang pertama bagi negara kuasa besar Asia itu.

Namun, program pembangunan pesawat pejuang China itu dikatakan mendapat “bantuan” teknikal darpada daripada pihak tidak disangka-sangka iaitu “rakan karib” Amerika Syarikat.

Israel yang merupakan rakan karib Amerika Syarikat didakwa telah memberikan bantuan teknikal kepada China sehingga membolehkan industri pertahanan tempatannya membangunkan pesawat pejuang sendiri.

Ia adalah suatu pencapaian yang besar bagi China pada ketika itu.

“Hubungan” di antara kontraktor-kontraktor pertahanan Israel-China itu dikatakan bermula pada ketika yang sama kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1992.

J-10
Pesawat J-10C buatan China yang kini digunakan oleh Tentera Udara Pakistan.
LAVI
LAVI

 

Kerjasama dijalin oleh Israel Aerospace Industries (IAI) dan Chengdu Aircraft Corporation (CAC) dikatakan berlaku pada peringkat permulaan program sehingga menyaksikan pihak China berjaya membangunkan pesawat prototaip J-10.

Pesawat pejuang J-10 itu dikatakan adalah pesawat pejuang China yang sama hampir menyamai kemampuan pesawat-pesawat pejuang generasi ke-4 Barat dan Russia.

Laporan menyatakan bahawa pihak Israel secara senyap-senyap telah berkongsi dengan CAC maklumat rahsia pesawat pejuang LAVI, pesawat Israel yang dibangunkan pada 1980-an menggunakan teknologi dan peruntukan kewangan daripada Amerika Syarikat.

Pembangunan pesawat pejuang LAVI itu telah dihentikan pada awal program itu selepas Washington menghentikan bantuan kewangannya kerana ia tidak mahu membangunkan sebuah pesawat yang akan memberikan saingan kepada pesawat yang sedang dibangunkannya.

Program pembangunan pesawat pejuang Israel itu menyertakan banyak teknologi Amerika Syarikat, termasuk apa yang disertakan pada pesawat pejuang F-16 “Fighting Falcon” yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

LAVI

Menurut laporan-laporan, terdapat kemungkinan pesawat pejuang J-10 China itu menggunakan teknologi Amerika Syarikat berkenaan avionik, bahan komposit, beberapa komponen kawalan penerbangan.

Penganalisis ketenteraan berkata pengaruh Israel terhadap pesawat pejuang J-10 China itu adalah jelas terutamanya membabitkan rekabentuk “canard-delta.”

Bagaimanapun daripada segi saiz, rekabentuk sayapnya yang diubahsuai dan beberapa perkara lain menunjukkan kelainan di antara pesawat pejuang J-10 dengan LAVI.

Selain “perkongsian” berkenaan pembangunan pesawat pejuang J-10, pihak Israel dan China juga dilaporkan menjalin hubungan untuk berkongsi teknologi peluru berpandu udara-ke-udara “Python-3” yang dibangunkan oleh syarikat Israel.

Pada 1989, sebuah syarikat China, Xian Aircraft Corporation telah membangunkan peluru berpandu udara-ke-udara “PL-8” yang dilaporkan adalah varian daripada peluru berpandu-udara-ke-udara “Python-3” Israel.

J-10
Pesawat J-10 Pakistan

Peluru berpandu udara-ke-udara “PL-8” masih digunakan sehingga kini.

Selain daripada itu, terdapat juga laporan mengatakan Israel telah memindahkan teknologi radar Doppler E/LM -2035, dengan variannya masih digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang J-8 dan J-10 serta “Tamam” Inertial Navigation System.

Pada tahun-tahun 1980-an, syarikat-syarikat pertahanan Barat berkongsi teknologi pertahanan dengan China sebagai salah satu usaha untuk menyeimbangkan pengaruh Kesatuan Soviet pada ketika itu.

Bagaimanapun kerjasama pertahanan antara Barat dan China itu berakhir sejurus selepas peristiwa Tiananmen Square pada 1989. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...