Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Malaysia Dalam Senarai Negara Miliki “Hubungan Baik, Berkecuali” Dengan Russia

Senarai itu yang dikeluarkan oleh kerajaan Russia itu membolehkan broker dan bank-bank daripada negara-negara yang memiliki "hubungan baik" dan "berkecuali" dengan Kremlin untuk berdagang matawang Russia dan bergiat dalam pasaran derivatif negara itu.

11,252

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu senarai yang dikeluarkan oleh kerajaan Russia beberapa hari lalu, Malaysia bersama-sama 29 negara lain di seluruh dunia telah dikategorikan sebagai negara yang memiliki hubungan “baik” dan “berkecuali” dengan Kremlin.

Senarai itu yang dikeluarkan oleh kerajaan Russia itu membolehkan broker dan bank-bank daripada negara-negara berkenaan untuk berdagang matawang Russia dan bergiat dalam pasaran derivatif negara itu.

“Organisasi kredit asing dan broker daripada negara berkecuali dan baik (dengan Russia) akan dibenarkan untuk berdagang dalam matawang Russia dan pasaran derivatif,” kata kerajaan Russia dalam satu kenyataan.

Kenyataan mengenai senarai 30 negara itu telah ditandatangani oleh Perdana Menteri Russia Mikhail Mishushtin.

“30 buah negara yang disenaraikan mempunyai hubungan baik dan berkecuali dengan Russia adalah:  Azerbaijan, Armenia, Belarus, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Algeria, Bangladesh, Bahrain, Brazil, Venezuela, Vietnam, Egypt, India, Indonesia, Iran, Qatar, China, Cuba, Malaysia, Morocco, Mongolia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Pakistan, Saudi Arabia, Serbia, Thailand, Turkiye, dan South Africa.”

Kremlin
Presiden Russia Vladimir Putin

 

Pada Februari 2022, selepas Moscow melancarkan serangan terhadap Ukraine, banyak negara di seluruh dunia mula mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia sebagai hukuman terhadap serangan tersebut dengan matlamat untuk menghukum ekonomi Rusia.

Selain itu, Micronesia juga memutuskan hubungan diplomatik dengan Rusia.

Sebagai tindak balas, Rusia memperluaskan senarai negara-negara yang “bermusuh” dengannya untuk merangkumi 48 negara di seluruh dunia, yang telah mengenakan sekatan  ekonomi atau memutuskan hubungan diplomatik.

Negara-negara yang termasuk dalam senarai negara “tidak bersahabat” dengan Russia termasuklah Amerika Syarikat dan Kanada, negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom (termasuk Jersey, Anguilla, Kepulauan Virgin British, Gibraltar), Ukraine, Montenegro, Switzerland, Albania, Andorra, Iceland, Liechtenstein, Monaco, Norway, San Marino, North Macedonia, serta Jepun, Korea Selatan, Australia, Micronesia, New Zealand, Singapura, dan Taiwan (dianggap sebagai wilayah China, tetapi diperintah oleh pentadbirannya sendiri sejak tahun 1949).

Pada 22 Julai 2022, Rusia menambah Croatia, Denmark, Greece, Slovakia, dan Slovenia ke dalam senarai “negara bermusuh” dengannya.

Meriam
Serangan Russia terhadap Ukraine menyebabkan negara itu dikenakan sekatan ekonomi.

 

Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin, menyatakan bahawa senarai ini kini terdiri daripada negara-negara yang “melakukan tindakan yang tidak bersahabat (unfriendly) terhadap Rusia, terutamanya terhadap perwakilan diplomatik dan konsular Rusia di luar negara.

Pada Julai lalu, pihak berkuasa Rusia telah menyediakan senarai 10 perkara yang akan menyukarkan lagi bagi peniaga-peniaga asing yang mempunyai operasi di negara itu termasuk cubaan untuk keluar dan memasuki semula ke pasaran negara itu.

Jika sebuah syarikat dimiliki oleh individu atau ibu bapa dari negara-negara dalam senarai “tidak bersahabat” dengan Rusia, hasil dari penjualan syarikat mereka kepada pemilik Rusia mungkin tidak boleh dipindahkan ke luar negara.– DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.