Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar “Lagenda” Juruterbang Pesawat Pengintip U-2 “Dragon Lady”

Menurut sumber Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu, gambar selfie bersama belon pengintip China itu dianggap sebagai “lagenda" serta sedikit sebanyak menggambarkan kecanggihan teknologi ketenteraan Amerika Syarikat menerusi pesawat pengintip U-2 berbanding China yang masih menggunakan teknologi belon untuk mengintip..

1,403

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengedarkan gambar selfie diambil oleh juruterbang pesawat pengintip U-2 “Dragon Lady” ketika ia terbang berhampiran dengan belon pengintip milik China sebelum ia ditembak jatuh baru-baru ini.

Juruterbang tersebut mengambil gambar terbabit daripada kokpit pesawat itu, menunjukkan pesawat sedang terbang di atas belon pengintip, sehari sebelum ia ditembak jatuh di kawasan pesisir pantai South Carolina pada 5 Februari lalu.

Ketika ditembak jatuh, belon pengintip milik China berada pada ketingggian kira-kira 56,000 kaki di udara,

Menurut Tentera Udara Amerika Syarikat, pesawat pengintip U-2 merupakan pesawat satu tempat duduk yang berkeupayaan terbang pada altitud yang amat tinggi, setinggi 70,000 kaki daripada daratan.

Menurut sumber dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat itu, gambar selfie bersama belon pengintip China itu dianggap sebagai “lagenda.”

U2

Ia sedikit sebanyak menggambarkan kecanggihan teknologi ketenteraan dimiliki oleh Amerika Syarikat menerusi pesawat pengintip U-2 berbanding China yang menggunakan teknologi belon untuk mengintip..

Pihak tentera Amerika Syarikat memperkenalkan pesawat pengintip U-2 “Dragon Lady” pada akhir tahun 1950-an.

Walaupun pada mulanya, terdapat sangkaan bahawa gambar selfie oleh juruterbang U-2 itu adalah palsu, namun gambar yang viral di media sosial kemudiannya telah disahkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sebagai asli.

Pesawat pengintip itu pernah diterbangkan oleh pihak Central Intelligence Agency (CIA), dengan juruterbang memakai pakaian tahan tekanan sebagaimana yang dipakai oleh angkasawan.

Selepas beberapa hari berada di ruang udara Amerika Syarikat, belon pengintip milik China yang mengemparkan Amerika Syarikat telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara dilancarkan oleh pesawat pejuang generasi kelima F-22 “Raptor” pada 5 Februari lalu.

Pesawat pejuang F-22 yang  berpengkalan di Pangkalan Udara Langley itu dilapor telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X terhadap belon pengintip milik China itu yang berada pada ketinggian 56,000 kaki.

Presiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai tiga buah bas akan mengancam kawasan penduduk.

U2
Pesawat pengintip U2

 

Kehadiran belon “pengintip” itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.

Kementerian Luar China membidas tindakan Amerika Syarikat itu dan mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.

Ia juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa. — DSA

apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]

 

 

Comments are closed.