Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas Pakistan Peroleh J-35A, Mesir Pula Tunjuk “Minat Mendalam” Untuk Perolehinya

Menurut laporan media pertahanan di Afrika Utara, Lt Jen Mahmoud Fuad Abdel Gawad yang merupakan seorang komander di dalam Tentera Udara Mesir menyatakan minatnya terhadap pesawat pejuang J-35A semasa latihan udara Eagles of Civilization dan menyatakan hasrat untuk berkunjung ke Beijing bagi melihat lebih dekat pesawat pejuang itu.

0 10,129
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semasa latihan udara bersama di antara China dan Mesir, seorang pegawai kanan Tentera Udara Mesir telah menyatakan minat yang mendalam terhadap pesawat pejuang generasi kelima J-35A buatan China.
Menurut laporan media pertahanan di Afrika Utara, Lt Jen Mahmoud Fuad Abdel Gawad yang merupakan seorang komander di dalam Tentera Udara Mesir menyatakan minatnya terhadap pesawat pejuang J-35A semasa latihan udara Eagles of Civilization.
Latihan Udara bersama Eagles of Civilization di antara kedua-dua negara itu diadakan di Pangkalan Udara Wadi Abu Rish.
Lt Jen Mahmoud turut menyatakan hasrat untuk berkunjung ke China untuk melihat lebih dekat pesawat pejuang J-35A itu.
Walaupun laporan itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa rasmi Mesir atau China, ia menggambarkan hubungan ketenteraan yang semakin erat antara Kaherah dan Beijing ketika berlaku perubahan dalam landskap geopolitik di Timur Tengah.
Latihan udara bersama Mesir-China itu dinamakan “Eagle of Civilization 2025”, telah berlangsung pada April lalu.
Kementerian Pertahanan China menggambarkan latihan itu sebagai usaha untuk “menggalakkan kerjasama praktikal serta memperkukuh persahabatan dan saling kepercayaan,” menandakan detik penting dalam perkembangan hubungan dua hala antara Beijing dan Kaherah.
J-35A
J-35A
“Ini merupakan latihan ketenteraan bersama yang pertama antara kedua-dua negara, dan ia amat penting dalam usaha menggalakkan kerjasama pragmatik serta memperkukuh persahabatan dan kepercayaan bersama.”
Latihan udara Eagle of Civilization 2025 itu telah menyaksikan Tentera Udara Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menghantar pesawat pejuang J-10C, pesawat tangki udara YU-20 dan pesawat amaran awal KJ-500 untuk menyertai latihan ketenteraan itu yang diadakan pertama dalam sejarah.
Ini juga adalah kali pertama China menghantar pesawat amaran awalnya KJ-500 untuk terlibat dalam latihan udara bersama di luar negara.
Sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pertahanan China beberapa hari lalu, latihan udara bersama itu dinamakan “Eagle of Civilization 2025”, yang telah berlangsung bermula pertengahan bulan ini sehingga awal bulan hadapan di Pangkalan Udara Wadi Abu Rish di Mesir.
Kementerian Pertahanan China menggambarkan latihan itu sebagai usaha untuk “menggalakkan kerjasama praktikal serta memperkukuh persahabatan dan saling kepercayaan,” menandakan detik penting dalam perkembangan hubungan dua hala antara Beijing dan Kaherah.
“Ini merupakan latihan ketenteraan bersama yang pertama antara kedua-dua negara, dan ia amat penting dalam usaha menggalakkan kerjasama pragmatik serta memperkukuh persahabatan dan kepercayaan bersama.”
Sebelum ini laporan-laporan media pertahanan antarabangsa menyatakan bahawa Tentera Udara Mesir menunjukkan minat yang mendalam untuk memperolehi pesawat pejuang J-10CE buatan China, yang dilengkapi dengan peluru berpandu udara-ke-udara jarak jauh (Beyond Visual Range) PL-15.
Mesir
Pesawat pejuang MiG-29 Tentera Udara Mesir dan J-10C Tentera Udara China dalam latihan udara bersama Eagles of Civilization baru-baru ini.
Tentera Udara Mesir dilaporkan berminat untuk memperolehi sehingga 40 buah pesawat pejuang J-10CE buatan China itu.
Pesawat pejuang J-10CE merupakan varian eksport kepada pesawat pejuang J-10C “Vigorous Dragon” yang dibangunkan oleh dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation untuk Tentera Udara China.
Baru-baru ini laporan media menyatakan bahawa pesawat pejuang generasi kelima China, J-35A pertama yang dihasilkan daripada produksi massa (mass production) dilaporkan telah pun melakukan penerbangan pertamanya beberapa hari lalu.
Video dan gambar-gambar pesawat pejuang generasi kelima kedua China, J-35A  itu sedang melakukan penerbangan di ruang udara salah sebuah bandar di negara itu telah pun tersebar di media-media sosial negara itu.
Pesawat pejuang J-35A itu dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation (SAC) dan dikatakan bakal dieksport kepada negara-negara luar yang berminat, dengan Pakistan dilaporkan bakal menjadi pengguna pertamanya.
Ketua pakar di Institut Reka Bentuk Pesawat Shenyang yang beroperasi di bawah syarikat milik kerajaan China, Aviation Industry Corporation of China (AVIC), iaitu pemaju utama pesawat J-35A dilaporkan berkata bahawa ciri utama pesawat pejuang itu merangkumi keupayaan halimunan yang dipertingkatkan, keupayaan pemprosesan maklumat digital, integrasi rangkaian serta kebolehan sistem pintar yang lebih maju.
“Memandangkan pengguna menetapkan keperluan yang lebih tinggi terhadap ciri halimunan, pihak pemaju pesawat telah melaksanakan pelbagai langkah teknologi dan sistem baharu.
Mesir
Pesawat-pesawat pejuang J-10C China dan MiG-29 Mesir
Sepanjang proses pembangunan itu, kemajuan ketara serta pelbagai inovasi berjaya dicapai dalam pelbagai aspek teknologi pesawat,” kata beliau sebagaimana dipetik oleh Global Times Disember tahun lalu.
Ketika ditanya mengenai aspek teknikal pesawat J-35A dan kemampuannya untuk bekerjasama dengan pesawat lain, Wang menjelaskan bahawa J-35A beroperasi dalam rangka peperangan halimunan dan anti-halimunan.
“Misi utamanya adalah untuk memperoleh dan mengekalkan keunggulan udara, memusnahkan pesawat pejuang generasi keempat dan kelima milik musuh serta sistem pertahanan udara di darat dan permukaan.”
“Selain itu, pesawat ini juga direka untuk memintas sasaran udara musuh termasuk pesawat pejuang, pengebom dan peluru berpandu kruis.”
J-35A merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh China untuk memodenkan kekuatan tenteranya dan mencabar dominasi udara yang sekian lama dimiliki oleh Amerika Syarikat.
Pesawat ini menggunakan konfigurasi dwi-enjin dan satu tempat duduk serta direka bentuk khusus untuk mengurangkan kebolehkesanan pengesanan radar (low observability), integrasi penderia canggih dan peperangan berasaskan rangkaian (networked warfare).
J-35A
J-35A
J-35A berfungsi sebagai “penyelaras” utama dalam rangkaian pertahanan udara, dengan keupayaan untuk mengunci sasaran, berkongsi data secara langsung dengan sistem lain seperti peluru berpandu darat ke udara, dan membimbing senjata ke arah sasaran untuk menumpaskan ancaman, termasuk pesawat musuh berteknologi halimunan (stealth) dan peluru berpandu kruis.
Pembangunan pesawat ini mencerminkan matlamat strategik China untuk membina armada pesawat pejuang halimunan yang berkuasa, mampu milik dan boleh dikerahkan secara besar-besaran, sebagai pengganti kepada pesawat-pesawat lama seperti J-7, J-8 dan J-10A.
Selain varian darat J-35A, China turut membangunkan varian laut dikenali sebagai J-35 yang direka untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat, menandakan serba-bolehnya platform ini merentasi semua cabang utama Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Reka bentuk pesawat J-35A memberi penekanan kepada ciri halimunan (stealth), kelincahan dan fleksibiliti operasi dalam pelbagai senario peperangan moden.
Rekabentuk badannya yang anggun dengan permukaan licin serta konfigurasi ekor berbentuk “V” membantu mengurangkan kebolehkesanan radar dan memperbaiki aliran aerodinamik bagi mengurangkan gangguan udara (turbulen).
Tidak seperti pesawat J-20 yang menggunakan konfigurasi canard, J-35A memilih reka bentuk sayap ekor konvensional bersama penstabil menegak yang lebih lebar dan condong secara unik untuk mengimbangi aspek kelincahan dan kebolehan halimunan.
Konfigurasi dwi-enjin bukan sahaja memberikan daya tujahan yang lebih besar berbanding pesawat satu enjin seperti F-35, tetapi juga menyediakan ciri keselamatan tambahan sekiranya berlaku kegagalan enjin—meskipun ia boleh menambah sedikit kesan radar (Radar Cross Section, RCS) disebabkan saiz fizikal yang lebih besar.
J-35A
J-35A
Tahap halimunan J-35A turut ditingkatkan melalui penggunaan bahan penyerap gelombang radar, panel bertebing bergerigi (serrated paneling), serta reka bentuk ekzos yang licin untuk mengurangkan kesan inframerah dan gelombang radar.
Ruang simpanan senjata dalaman (internal weapons bay) membolehkan pesawat ini membawa peluru berpandu canggih seperti PL-17 untuk misi serangan jarak jauh, tanpa menjejaskan kebolehan halimunan ketika beroperasi.
Sistem avionik yang lengkap dengan radar jenis AESA serta rangkaian penderia yang diedarkan secara meluas membolehkan kesedaran situasi (situational awareness) yang menyeluruh dan perkongsian data masa nyata, menjadikan J-35A sebagai “pengawal utama” dalam rangkaian peperangan moden—mirip peranan “quarterback” yang dimainkan oleh pesawat F-35 dalam sistem operasi tempur rangkaian Amerika Syarikat.
— DEFENCE SECURITY ASIA
 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.