Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas Lima Tahun, TLDM dan Tentera Laut Perancis Kembali Laksana Latihan Maritim Dua Hala

“Kejayaan ini (latihan maritim dua hala) menunjukkan komitmen kedua-dua negara dalam meningkatkan keupayaan dan kesediaan operasi melalui pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik, serta membina keyakinan dan memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis.” -- TLDM

0 99
(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Selepas lima tahun, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Perancis kembali melaksanakan latihan maritim dua hala, dengan melaksanakan latihan maritim dinamakan “La Perouse”.
Kali terakhir kedua-dua tentera laut terlibat dalam latihan maritim dua hala adalah pada 2021.
“Kejayaan ini (latihan maritim dua hala) menunjukkan komitmen kedua-dua negara dalam meningkatkan keupayaan dan kesediaan operasi melalui pertukaran pengetahuan dan amalan terbaik, serta membina keyakinan dan memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis.”
“Selain itu, pelaksanaan Eksesais La Perouse 2025 di Pulau Pinang juga menjadi platform persediaan penting bagi TLDM yang dijadual menganjurkan ASEAN Navy Chief’s Meeting (ANCM), ASEAN Multilateral Naval Exercise (AMNEX) dan ASEAN Fleet Review di negeri ini pada bulan Ogos akan datang,” menurut kenyataan TLDM.
TLDM telah berjaya melaksanakan eksesais bersama Tentera Laut Perancis (TLP) sempena pelayaran kapal destroyer pertahanan udara, FS Forbin dalam Eksesais LA Perouse 2025.

TLDM

Eksesais yang berkonsep Field Training Exercise (FTX) ini mengambil peluang
kehadiran kapal Tentera Laut Perancis ke perairan Selat Melaka untuk mempromosikan kerjasama Indo-Pasifik bersama negara-negara ASEAN dengan fokus kepada keselamatan maritim di rantau ini.
Eksesais ini bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan kesalingoperasian maritim antara TLDM dan Tentera Laut Perancis di laut dan menangani cabaran maritim bersama demi keselamatan maritim serantau.
Latihan maritim dua hala TLDM dan Tentera Laut Perancus ini dibahagikan kepada dua fasa — Fasa Pelabuhan yang bermula dari 13 hingga 15 Januari 2025 di Pulau Pinang, merangkumi perbincangan operasi, lawatan kapal, interaksi sukan dan majlis resepsi rasmi.
Fasa Laut latihan maritim dua hala itu pula bermula dari 16 hingga 18 Januari 2025 di perairan Selat Melaka, yang melibatkan latihan peperangan permukaan dan udara, serta Photo Exercise (PHOTEX).
Aset-aset yang terlibat dalam eksesais ini adalah kapal-kapal KD Lekir,  KD Gagah Samudera, Fast Combat Boat TLDM dan dua pesawat pejuang F/A 18D dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) manakala di pihak Tentera Laut Perancis pula adalah kapal FS Forbin dan sebuah helikopter AS565 Panther.
TLDM
(kredit TLDM)
TLDM
(kredit TLDM)
“Latihan di laut memberi tumpuan kepada aspek peperangan permukaan dan udara,
bertujuan untuk memperkasakan kemampuan teknikal dan operasi serta meningkatkan
kesalingoperasian kedua-dua angkatan laut.”
“Sepanjang fasa laut, pelbagai siri latihan seperti Simulated Local Air Defense Exercise (SIMADEX), Air Defense Exercise (ADEX), Surface Firing Exercise (SURFEX), Advance Interdiction and Boarding Exercise (BOARDEX) serta Photo Exercise (PHOTEX) telah dilaksanakan,” menurut kenyataan TLDM.
Latihan ini bukan sahaja mempertingkatkan keupayaan taktikal kedua-dua negara, tetapi juga memperkukuhkankesiapsiagaan aset dan kompetensi anggota TLDM dalam menghadapi senario maritim yang kompleks.
– DEFENCE SECURITY ASIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.