Airbus A400M Pertama Indonesia Memasuki Barisan Pemasangan Akhir di Seville
Kehadiran pesawat A400M akan meningkatkan ketangkasan operasi Tentera Angkatan Udara Indonesia dengan ketara, menyokong pelbagai misi strategik dan taktikal, bantuan kemanusiaan, pemindahan perubatan, serta misi pengisian bahan bakar udara. -- Airbus
(DEFENCE SECURITY ASIA) -– Pesawat Airbus A400M pertama untuk Tentara Angkatan Udara Indonesia telah memasuki Line Pemasangan Akhir (FAL) di Seville, Sepanyol.
Ini merupakan pencapaian penting dalam proses pengeluaran pesawat pengangkut pelbagai guna ini, yang dijangka tiba di Indonesia pada akhir tahun 2025.
Pada fasa pemasangan ini, beberapa peringkat pengeluaran telah selesai, termasuk pemasangan Horizontal Tail Plane (HTP) dengan Vertical Tail Plane (VTP) dan sayap ke badan pesawat.
Pesawat bernombor siri pengeluaran MSN148 ini seterusnya akan melalui pemasangan enjin dan perisian, diikuti dengan siri ujian fungsi, sebelum menghidupkan enjinnya buat kali pertama.
Di samping itu, pesawat A400M kedua untuk Indonesia, MSN150, juga dalam pengeluaran dan tidak lama lagi akan memasuki barisan pemasangan akhir.
