Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kapal-Kapal Perang China, Russia “Berarak” Di Lautan Pasifik, “Show Of Force”?

“Perarakan” kapal-kapal perang oleh Moscow dan China itu juga berlaku tidak lama selepas kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk daripada Britain mengadakan latihan laut besar-besaran di barat Lautan Pasifik.

0 2,740

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali dalam sejarah, kapal-kapal perang China dan Russia telah melakukan rondaan bersama di barat Lautan Pasifik, dalam satu lagi petanda jelas terhadap kerjasama yang semakin erat antara tentera kedua-dua negara.

Kerjasama yang semakin erat antara tentera China dan Russia juga berlaku pada ketika Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya meningkatkan lagi aktiviti ketenteraan mereka di Indo-Pasifik terutamanya Laut China Selatan.

“Perarakan” kapal-kapal perang oleh Moscow dan China itu juga berlaku tidak lama selepas kapal-kapal perang Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk daripada Britain mengadakan latihan laut besar-besaran di barat Lautan Pasifik.

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, rondaan bersama kapal-kapal perangnya dengan China itu merupakan sebahagian daripada latihan laut kedua-dua negara bermula pada Ahad lepas sehinggalah semalam yang dipantau rapi oleh Jepun.

Awal minggu ini Jepun menyatakan bahawa 10 buah kapal perang China dan Russia telah belayar di Selat Tsugaru yang memisahkan pulau Honshu, yang merupakan pulau utama negara itu dengan pulau Hokkaido.

Rondaan
Kapal perang China dan Russia.

 

“Kumpulan kapal-kapal perang (China dan Russia) telah belayar di Selat Tsugaru buat pertama kali sebagai sebahagian daripada rondaan terbabit,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia.

Selat Tsugaru yang memisahkan dua pulau utama Jepun itu merupakan kawasan perairan antarabangsa.

“Tujuan utama rondaan kapal-kapal perang itu adalah untuk menunjukkan bendera-bendera Russia dan China, mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Pasifik serta memelihara aktiviti ekonomi kedua-dua negara,” tambah Kementerian Pertahanan Russia itu lagi.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan China dalam satu kenyataan latihan ketenteraan antaranya dengan Russia di barat Lautan Pasifik adalah untuk terus membangunkan kerjasama komprehensif strategik antara kedua negara.

Ia juga menyatakan bahawa latihan laut antara tentera laut kedua-dua negara itu tidak mensasarkan mana-mana negara ketiga.

Kapal-kapal perang China yang terlibat dalam rondaan bersama China dan Russia itu destroyer Type 055 Nanchang, destroyer Type 052D Kunming, friget Type 054A Binzhou dan Liuzhou, manakala kapal-kapal Russia adalah kapal anti-kapal selam Admiral Panteleev dan Admiral Tributs.

Russia turut menghantar kapal perang Marshal Krylov dan kapal-kapal friget Hero of the Russian Federation Aldar Tsydenzhapov dan Gromkiy.

Sementara itu, Tokyo menyatakan bahawa tindakan kapal-kapal perang China dan Russia belayar di Selat Tsugaru itu, walaupun ia perairan antarabangsa, adalah “luar daripada kebiasaan.”

Rondaan

 

DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...