Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Korea Selatan,Korea Utara “Berlumba-Lumba” Melancarkan Satelit Pengintip

Persaingan ketenteraan di antara Korea Selatan dan “musuh ketatnya”, Korea Utara kini berlanjutan ke ruang angkasa lepas, dengan kedua-dua negara berjiran itu dan secara teknikalnya masih berperang itu melancarkan satelit pengintip masing-masing dalam jarak satu minggu antara satu sama lain.

0 636

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan telah melancarkan satelit pengintipnya yang pertama daripada sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di California semalam, lebih seminggu selepas Korea Utara melancarkan satelit pengintipnya, “Malligyong-1” ke orbit pada 21 Nov lalu.

Tindakan Korea Selatan itu berkemungkinan adalah usaha Seoul untuk meningkatkan lagi kemampuan perisikan angkasa lepasnya disebalik peningkatan ancaman daripada negara jirannya itu.

Persaingan ketenteraan di antara Korea Selatan dan “musuh ketatnya”, Korea Utara kini berlanjutan ke ruang angkasa lepas, dengan kedua-dua negara berjiran itu dan secara teknikalnya masih berperang itu melancarkan satelit pengintip masing-masing dalam jarak satu minggu antara satu sama lain.

Menurut laporan oleh Korea Times, satelit pengintip Korea Selatan itu dilancarkan ke orbit menggunakan roket Falcon 9 milik Space X  daripada Vanderberg Space Force Base.

Ia berjaya diletakkan di orbitnya selepas kira-kira empat minit selepas pelancarannya pada 10.19 pagi (GMT) dan telah berjaya berkomunikasi dengan stesen buminya pada 11.37 pagi (GMT), menunjukkan satelit pengintip itu beroperasi dengan normal.

satelit

Sebelum ini, Korea Selatan bergantung kepada Amerika Syarikat untuk memperolehi mej-imej satelit resolusi tinggi terutamanya berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini Seoul berhasrat mahu mengoperasikan satelit pengintipnya sendiri.

Bermula dengan satelit yang dilengkapi dengan kemampuan Electro-Optical Infra Red (EO/IR), Korea Selatan mahu menghantar empat buah lagi satelit Synthetic Aperture Radar (SAR) ke angkasa lepas menjelang tahun 2026 untuk mewujudkan jaringan pengawasan dan pemantauan terhadap Korea Utara daripada angkasa lepas.

Satelit EO/IR berkemampuan mengambil imej-imej permukaan bumi tetapi tidak boleh “menembusi” awan-awan yang tebal, manakala satelit SAR boleh mengumpul segala maklumat tanpa bergantung kepada keadaan cuaca menggunakan sistem remote sensing.

Pegawai-pegawai kanan tentera Korea Selatan berharap satellite pengintip pertama negara itu sebelum disusuli oleh empat buah lagi satelit menjelang 2025 itu meningkatkan kemampuan “Kill Chain Preemptive System” dan amenjadi “mata” kepada Seoul bagi membolehkan mereka mengesan dengan pantas sebarang tanda-tanda pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara.

Beberapa hari lalu, agensi berita Korea Utara “Korea Central News Agency” (KCNA) mengatakan bahawa satelit pengintip miliknya dinamakan “Malligyong-1” telah mengambil gambar-gambar lokasi sensitif milik Amerika Syarikat termasuk Rumah Putih yang merupakan kediaman rasmi Presiden Jo Biden.

Satelit
Kim Jong-un selepas melawat pusat angkasa lepas Korea Utara untuk melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh satelit pengintip “Malligyong-1”

 

Selain itu, KCNA juga mendakwa satelit pengintip mereka itu telah mengambil gambar-gambar kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat, USS Carl Vinson yang sedang berlabuh di sebuah pangkalan laut di Busan, Korea Selatan.

“Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un turut melihat gambar-gambar pangkalan tentera laut dan udara Amerika di Pearl Harbour dan Hickam di Honolulu, Pulau Hawaii apabila satelit itu melintasi Hawaii pada 5.13 pagi (waktu Pyongyang),” menurut agensi berita itu.

Sebelum itu pemimpin Korea Utara itu telah melawat General Control Center of the National Aerospace Technology Administration (NATA) di Pyongyang untuk mempelajari operasi berkenaan satelit pengintip itu.

Agensi berita Korea Utara itu juga mendakwa satelit pengintip negara itu turut mengambil gambar-gambar pangkalan tentera Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Satellite
Pelancaran satelit pengintip Korea Utara.

 

Gambar-gambar pangkalan tentera yang diambil oleh satelit Korea Utara itu adalah Mokpo, Gunsan, Pyeongtaek, Osan dan Seoul.

“Pyeongtaek adalah lokasi kepada Kem Humphreys, penempatan terbesar kepada anggota tentera Amerika Syarikat di luar negara. Selain itu pangkalan-pangkalan tentera Amerika juga terletak di Gunsan dan Osan di Korea Selatan,” kata KCNA. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...