Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Masih Tunggu Pembatalan Rasmi Pembelian Su-35 Flanker-E Dari Indonesia?

Menurut laporan media, Moscow dilaporkan masih menunggu pernyataan rasmi daripada Jakarta berhubung pembatalan perolehan pesawat pejuang Su-35 (Flanker-E) daripada Indonesia itu.

0 7,332

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Indonesia dilaporkan masih belum membatalkan pembelian pesawat-pesawat pejuang Su-35 daripada Russia secara rasmi kerana negara Asia Tenggara itu dikatakan masih “berharap” untuk memperolehi pesawat itu.

Menurut laporan media, Moscow dilaporkan masih menunggu pernyataan rasmi daripada Jakarta berhubung pembatalan perolehan pesawat pejuang Su-35 (Flanker-E) daripada Indonesia itu.

Pada ketika ini,laporan daripada media Russia yang memetik pegawai kanan negara itu menyatakan perjanjian awal di antara Moscow dan Jakarta mengenai perolehan pesawat pejuang itu masih lagi effektif.

Jakarta dilaporkan berharap ia mendapat perlepasan daripada dikenakan tindakan di bawah Countering America’s Adversaries Through Sanctions Act (CAATSA) bagi membolehkan ia meneruskan pembelian pesawat pejuang Su-35 itu.

Indonesia berkemungkinan berharap ia akan menerima “nasib yang baik” seperti India yang menerima perlepasan daripada Washington daripada dikenakan sekatan dibawah CAATSA walaupun ia memperolehi sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” buatan Russia.

Su-35
Su-35

 

Disebabkan kebimbangan akan dikenakan sekatan dibawah CAATSA kerana membeli Su-35 telah memaksa Indonesia melupakan hasrat untuk memiliki pesawat pejuang berprestasi tinggi.

Sejak mengambil keputusan itu, Indonesia telah memperolehi 42 buah pesawat pejuang Rafale buatan syarikat Dassault Aviation daripada Perancis, manakala pada masa yang sama masih meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat untuk memperolehi sejumlah pesawat pejuang F-15EX.

Adakah Indonesia masih berharap untuk memperolehi Su-35?

Pada ketika perseteruan di antara Amerika Syarikat dan Russia semakin meruncing, masa depan pesawat pejuang Sukhoi Su-35 buatan Russia turut terumbang-ambing selepas dua negara bertindak membatalkan niat mereka untuk memperolehi pesawat pejuang itu disebabkan kebimbangan terhadap CAATSA.

Nasib pesawat generasi 4 +++ Su-35 di pasaran eksport semakin malap apabila Indonesia dan Mesir memutuskan untuk membatalkan perolehan mereka terhadap pesawat itu.

Kedua negara itu memberikan pelbagai alasan terhadap pembatalkan pesanan mereka terhadap pesawat berkeupayaan tinggi itu, tetapi ia dipercayai mempunyai hubung-kait mereka dengan kebimbangan negara terbabit akan kesan buruk akibat daripada sekatan ekonomi oleh Amerika di bawah CAATSA.

Su-35 Russia
Su-35

 

Mesir dikata membatalkan perolehan pesawat Su-35 Russia selepas meragui kemampuan radar Irbis-E digunakan oleh pesawat itu apabila dibandingkan dengan radar yang digunakan oleh pesawat Rafale-nya.

Tentera Mesir dikatakan telah melakukan ujian terhadap kemampuan radar Irbis-E yang digunakan oleh pesawat Su-35 dan mendapati ia kurang berkemampuan berbanding radar milik pesawat Rafale.

Bagaimanpun bagi pemerhati, alasan utama perubahan sikap Mesir terhadap Su-35 itu adalah kerana tekanan berterusan Amerika Syarikat supaya Kaherah membatalkan pembelian pesawat pejuang Russia itu.

Sebagaimana yang kita tahu,Washington adalah penyumbang utama kerajaan pimpinan Jen Fatah El-Sisi dengan setiap tahun Amerika memberikan kira-kira US$3 bilion (RM12 bilion) dalam bentuk military aid kepada Mesir. — DSA

Iklan

 

Comments
Loading...