Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kerah Kapal Perang Termasuk Kapal Selam Nuklear Ke Negara Bersempadan Amerika Syarikat

Kunjungan “persahabatan” empat buah kapal perang Russia termasuk kapal selam nuklear ke Cuba yang bersempadan dengan Amerika Syarikat minggu depan itu merupakan kehadiran terbesar kapal-kapal perang Russia ke negara Amerika Tengah sejak beberapa dekad ini.

0 17,530

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal selam selam berkuasa nuklear dan tiga buah kapal perang Russia yang lain akan berkunjung ke Havana, ibu negara Cuba yang terletak tidak jauh daripada sempadan Amerika Syarikat, yang sudah pasti akan meningkatkan ketegangan di antara kedua-dua kuasa besar itu.

Kunjungan “persahabatan” empat buah kapal perang Russia ke Cuba pada minggu depan itu merupakan kehadiran terbesar kapal-kapal perang Russia ke negara Amerika Tengah sejak beberapa dekad ini.

Russia dan sebelum itu Kesatuan Soviet mempunyai hubungan persahabatan yang rapat dengan Cuba sejak berdekad lamanya dan kunjungan kapal-kapal perang itu mengukuhkan hubungan diplomatik dan ketenteraan antara Moscow dan Havana.

Menurut kerajaan Cuba, kapal-kapal perang Russia yang akan terlibat dalam kunjungan itu adalah kapal friget “Admiral Gorshkov”, kapal selam nuklear kelas-Yasen “Kazan”, kapal bekalan bahan api “Pashin” dan kapal tunda penyelamat (rescue tug boat) “Chiker”.

Kapal selam kelas Yasen “Kazan” itu ditauliahkan pada 2021 dan disifatkan sebagai ‘super-quiet’ itu dilancarkan di Limbungan Kapal Sevmash, Severodvinsk selepas pembinaannya bermula pada 2009 dan siap pada 2017.

Admiral Gorshkov
Kapal friget Russia, “Admiral Gorshkov”

 

Bermula daripada 2017 kapal selam terbaru Russia itu menjalani ujian di lautan sehinggalah ia ditauliahkan pada 2021.

Antara persenjataan utama dibawa oleh kapal selam “Kazan” itu adalah peluru berpandu kruis “Kalibr”.

Russia tidak mengatakan berapa banyak peluru berpandu kruis “Kalibr” yang bakal di bawa oleh kapal selam kelas-Yasen termasuk “Kazan” tetapi kapal selam kelas-Yasen yang pertama iaitu “Severodvinsk” membawa 40 peluru berpandu “Kalibr”.

Kapal selam kelas-Yasen seperti “Kazan” itu bagaimanapun, bukan hanya membawa peluru berpandu “Kalibr” tetapi ia juga membawa peluru berpandu lain seperti “Oniks” manakala “Kazan” serta peluru berpandu hypersonic “Tsirkon.”

Kerajaan Cuba juga menjelaskan bahawa kapal-kapal perang Russia itu akan berada di negara Amerika Tengah yang bersempadan dengan Amerika Syarikat daripada 12 hingga 17 Jun dan tiada satu daripada kapal perang Russia itu akan membawa senjata nuklear.

“Kapal-kapal Russia itu tidak akan memberikan sebarang ancaman kepada rantau,” kata kerajaan Cuba dalam satu kenyataan.Cuba

Semasa tiba di Pelabuhan Havana, salah sebuah kapal perang Russia itu akan melepaskan 21 das tembakan sebagai satu penghormatan kepada Cuba.

Tembakan oleh kapal perang Russia itu akan dibalas oleh tembakan meriam oleh angkatan tentera Cuba, menurut kenyataan oleh Kementerian Luar negara Amerika Tengah itu.

Pengumuman kerajaan Cuba tentang kunjungan kapal perang Russia itu berlaku hanya sehari selepas pegawai-pegawai kanan Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka sedang memantau pergerakan kapal-kapal perang dan pesawat kombat Russia ke arah Carribean untuk melakukan latihan ketenteraan.

Menurut pegawai Amerika Syarikat itu, latihan ketenteraan Russia di perairan Carribean itu merupakan sebahagian daripada tindakan balas Moscow terhadap sokongan Washington terhadap konflik di Ukraine.

Jabatan Pertahanan dan Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan bahawa Russia akan meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka berhampiran dengan Amerika pada musim panas ini sebagai sebahagian daripada manuver mereka.

Russia
Kapal selam Russia melancarkan peluru berpandu

 

“Russia dijangka akan mengerahkan kapal-kapal perang mereka ke Carribean dengan kemungkinan persinggahan di Cuba dan Venezuela,” menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan mengakui bahawa manuver kapal-kapal perang Russia itu tidak mengancam Washington.

Walaupun kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu diperakui sebagai suatu perkembangan, tetapi pegawai-pegawai Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia tidak mengusarkan mereka daripada segi keselamatan.

Kehadiran kapal-kapal perang Russia di Cuba itu berlaku ketika Presiden Vladimir Putin mencadangkan bahawa negaranya akan mengambil langkah-langkah tidak simetri (asymmetrical) di seluruh dunia sebagai tindak balas terhadap langkah Amerika Syarikat membenarkan Ukraine menggunakan senjata-senjata yang dibekalkannya untuk menyerang Russia.

Kunjungan kapal-kapal perang Russia ke Cuba bukanlah kali pertama ia berlaku kerana pada Julai tahun lepas, sebuah kapal latihan Tentera Laut Russia “Perekop” belayar ke Havana untuk melakukan lawatan selama empat hari.

Ketika ketegangan memuncak semasa Perang Dingin pada 1962, Kesatuan Soviet telah menghantar kapal-kapal perang miliknya membawa senjata nuklear ke Cuba sehingga mencetuskan “Krisis Peluru Berpandu Cuba” dan hampir-hampir menjerumuskan seluruh dunia ke kancah Perang Dunia Ketiga. — DSA

 

 

 

Comments
Loading...