Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Gambar Pelancar Sistem Pertahanan “Iron Dome” Musnah Diibedil Hezbollah Tersebar

Gambar pelancar sistem pertahanan udara “Iron Dome” di pangkalan tentera di Ramot Naftali yang musnah itu, sekaligus telah menafikan kenyataan oleh tentera Israel sebelum ini yang mendakwa tiada sistem “Iron Dome” mereka yang rosak akibat bedilan Hezbollah.

0 1,091

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Media-media sosial di Timur Tengah telah menunjukkan gambar  pelancar sistem pertahanan udara “Iron Dome” milik Israel yang musnah selepas dibedil oleh pejuang Hezbollah Lubnan beberapa hari lalu.

Gambar pelancar sistem pertahanan udara “Iron Dome” di pangkalan tentera di Ramot Naftali yang musnah itu, sekaligus telah menafikan kenyataan oleh tentera Israel sebelum ini yang mendakwa tiada sistem “Iron Dome” mereka yang rosak akibat bedilan Hezbollah.

Terbukti, tentera Israel telah cuba menipu dengan mengatakan tiada sistem pertahanan udara “Iron Dome” mereka telah musnah akibat serangan Hezbollah.

Sekeping gambar yang tersebar itu mengesahkan sistem pertahanan udara “Iron Dome” Israel buat pertama kalinya telah berjaya dimusnahkan oleh Hezbollah.

Beberapa hari lalu, pejuang kumpulan Hezbollah di  Lubnan buat pertama kalinya telah berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome milik tentera Israel menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” yang dibekalkan oleh Iran.

Iron

Keupayaan memusnahkan sistem pertahanan udara Iron Dome milik Israel itu disifatkan suatu kejayaan besar oleh Hezbollah,yang telah beberapa kali cuba memusnahkannya sama ada menerusi bedilan roket atau sistem dron berani mati.

Kumpulan Hezbollah telah mengeluarkan video dan gambar-gambar yang  menunjukkan peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” itu telah memusnahkan pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome yang terletak di sebuah pangkalan tentera Israel di Ramot Naftali.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” milik Hezbollah yang dilengkapi dengan video telah merakam saat-saat akhir sebelum ia membedil pelancar sistem pertahanan udara Iron Dome.

Walaupun Hezbollah mengeluarkan video terbabit, namun tentera Israel dan media-media negara itu menafikan ada sistem pertahanan udara “Iron Dome” miliknya telah rosak akibat bedilan Hezbollah itu.

Sejak kebelakangan ini, pejuang-pejuang Hezbollah telah meningkatkan serangan mereka terhadap kedudukan sistem pertahanan udara Iron Dome, yang memberikan perlindungan udara bandar-bandar di utara Israel dariada sedangan roket dan dron berani mati pejuang  Lubnan.

Almas
Saat-saat akhir sebelum peluru berpandu Hezbollah memusnahkan pelancar sistem pertahanan udara “Iron Dome” di Ramot Naftali.

 

Apa yang menariknya adalah, peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “Almas” buatan Iran yang membedil sistem pertahanan udara Iron Dome di pangkalan tentera di Ramot Naftali dipercayai adalah hasil usaha reverse-engineered daripada peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” tentera Israel.

Kini sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas”  keluaran Iran yang dikatakan adalah hasil usaha “reverse-engineer” (ciplak) peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike”, telah digunakan untuk membedil kedudukan “tuannya”, tentera Israel yang merupakan pihak yang mula-mula membangunkan peluru berpandu itu.

Sebagaimana peluru berpandu “Spike”, peluru berpandu “Almas” itu juga menggunakan wayar fibre-optik bagi mod “fire-observe-and-update” bagi membolehkan pengendalinya memandu peluru berpandu itu ke arah sasarannya dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Selain varian menggunakan wayar fibre-optik, peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu juga mempunyai varian “fire-and-forget” yang hanya memerlukan pengendalinya “lock-on” kepada sasaran dan membiarkan peluru berpandu menuju ke sasarannya.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “Almas” itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaranya sejauh 8km. — DSA

SAKSIKAN VIDEO SERANGAN HEZBOLLAH TERHADAP SISTEM PERTAHANAN UDARA “IRON DOME” ISRAEL

 

Comments
Loading...